06 Mac 2011

Trak lama Tentera Darat Malaysia: Volvo C303

Sambutan hangat terhadap post sebelum ini; Pakaian tempur celoreng lama Tentera Darat, mengilhamkan saya untuk menulis satu lagi entry berkaitan dengan perkasasan lama yang pernah digunakan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) pada suatu masa dahulu.

Kali ini saya akan berkongsi tentang kenderaan trak yang pernah digunakan oleh TDM. Koleksi trak-trak yang dibincangkan nanti adalah trak-trak tentera yang pernah saya lihat dan naiki ketika ayah saya ; Tn Syed Abu Bakar bertugas sebagai tentera darat di Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD).

Antara trak askar yang selalu saya naiki adalah trak Volvo C303 buatan Sweden. Trak Volvo ini mula digunakan oleh TDM sejak 1970-an hingga penghujung 1990-an. TDM telah membeli dua variasi trak Volvo C303 ini iaitu jenis 4 x 4 (pacuan empat roda) dan 6 x 6 (pacuan enam roda). Trak Volvo ini digerakkan sepenuhnya dengan menggunakan kuasa petrol.


Inilah dia trak Volvo C303 pacuan empat roda (4 x 4) yang digunakan oleh 10 RAMD. Yang berada di atas bumbung trak sambil menjulang rifal M-16 itu ialah ayah saya. Dilengkapi dengan empat buah tayar, trak Volvo 4 x 4 jenis ini biasanya digunakan untuk membawa senjata sokongan artileri seperti mortar atau meriam.


Gambar ayah saya bersama dengan trak Volvo C303 pacuan enam roda (6 x 6). Dari segi rekabentuk bahagian hadapan (kepala) trak, model 6 x 6 ini tidak berbeza dengan model 4 x 4. Apa yang membezakannya adalah saiz muatan belakangnya yang lebih besar dan tinggi di samping dilengkapi dengan enam buah tayar. Trak jenis ini biasanya digunakan untuk mengangkut barang-barang operasi atau anggota-anggota tentera.


Ruang muatan belakang tak Volvo 6 x 6 ini sememangnya luas. Bahagian bumbungnya boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada keadaan. Biasanya ketika mengangkut anggota tentera untuk pergi ke tempat operasi di dalam hutan, bahagian bumbung trak akan dibuka bagi membolehkan anggota tentera untuk terjun keluar dari trak dengan lebih pantas, sekiranya berlakunya sebarang serang-hendap oleh pengganas komunis.


Pada sudut kiri gambar anda akan dapat lihat bagaimana rupanya bahagian muatan belakang trak Volvo 6 x 6 ini. Pada bahagian tengah gambar adalah kereta Proton Saga yang merupakan kenderaan rasmi Pegawai Memerintah 10 RAMD berpangkat Lt. Kolonel ketika itu.


Bahagian dalaman atau interior trak Volvo C303 ini amatlah ringkas dan sungguh basic. Panel pemukanya (dashboard) hanya mempamerkan beberapa instrumen asas, tidak seperti yang terdapat pada trak-trak tentera pada masa kini. Bahagian permukaan dalam pintunya hanya dibuat dari kepingan kayu biasa dengan corak berlubang-lubang. Yang kurang best tentang trak Volvo ini adalah ia langsung tidak dilengkapi dengan sistem pendingin hawa. Radio pun tiada. 


Bahagian interior Volvo C303. Ramai anggota tentera ketika itu melahirkan kekecewaan kerana trak ini langsung tidak dilengkapi dengan sistem pendingin hawa mahupun radio. Untuk mengatasi masalah tersebut, biasanya anggota tentera akan memasang sendiri kipas kecil dan membawa radio mini berkuasa bateri ke dalam trak. Sumber gambar: http://www.real4x4.com/Volvo303.shtml



Mengikut apa yang diceritakan oleh ayah saya, kesemua trak-trak tentera ketika itu diselenggara sendiri oleh tentera yang bertugas di bahagian MT (military transport). Setiap seorang anggota tentera di bahagian MT akan ditugaskan untuk memandu, menyelenggara, memperbaiki dan mencuci hanya sebuah trak yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Saya tidak berapa pasti samada trak-trak tentera pada masa kini masih diselenggara oleh anggota tentera itu sendiri atau dihantar ke pusat-pusat servis kenderaan di luar sana. Kadang-kadang saya selalu nampak ada trak tentera yang diletakkan di workshop-workshop di luar kawasan kem tentera untuk diservis atau diperbaiki.



 Apabila trak Volvo ini hendak dipamerkan untuk pertunjukkan atau pemeriksaan oleh Pegawai Kanan Tentera Darat, ia akan dicuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Permukaan bahagian badan trak akan disapu dengan lapisan minyak bagi menghasilkan kesan kilat pada trak, seolah-olah kelihatan baru dibeli.


Selain dari kegunaan untuk mengangkut barang-barang dan anggota tentera ke tempat operasi, trak Volvo ini turut digunakan bagi mengangkut para-para isteri dan anak-anak anggota tentera. Kebiasaanya pihak pengurusan kem tentera akan menyediakan pengangkutan percuma kepada mana-mana ahli keluarga anggota tentera yang hendak pergi keluar ke bandar-bandar berhampiran untuk membeli barang keperluan (shopping) atau untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital kerajaan.

Ketika bersekolah, salah satu perkara yang menjadi kebanggaan saya sebagai seorang anak tentera adalah setiap hari saya akan sampai ke sekolah dengan menaiki trak tentera Volvo 6 x 6 inilah. Glamour tu! Kesemua murid-murid sekolah akan memandang saya dan rakan-rakan saya (yang juga sama-sama anak tentera) dengan rasa penuh kagum. Agaknya mereka pun teringin nak naik trak tentera ni. 

Untuk memuatkan murid-murid sekolah ini ke dalam trak dengan selesa, sebuah kerusi kayu yang panjang akan diletakkan di bahagian tengah muatan belakang trak. Ini bagi memastikan adanya ruang tempat duduk yang mencukupi. Seramai dua orang abang tentera akan ditugaskan bagi setiap buah trak yang digunakan untuk menghantar anak-anak tentera ke sekolah. Seorang pemandu trak, manakala seorang lagi akan duduk di belakang trak bersama-sama dengan anak-anak untuk menjaga keselamatan mereka. 

Disebabkan setiap hari persekolahan saya dah naik trak Volvo ni, hampir segenap bahagian trak Volvo ini saya sudah explore. Kadang-kadang saya selalu juga duduk di seat kiri bahagian kepala trak, sebelah pemandu. Memang seronok duduk di hadapan sambil berborak dengan abang askar yang memandu trak tersebut. Peluang ini saya gunakan sebaik-baiknya untuk melihat dan mempelajari serba-sedikit tentang fungsi panel bahagian depan dan dashboard trak.



 Saya (berdiri) dan rakan-rakan seangkatan ketika bersiap-sedia untuk ke sekolah dengan trak Volvo 6 x 6. Sebatang tangga kayu disediakan untuk membolehkan anak-anak memanjat naik dan turun dari trak dengan mudah. Seperkara yang tidak dapat saya lupakan adalah sekiranya hujan turun pada waktu malam, kami akan membawa kertas suratkhabar pada keesokkan paginya. Kertas suratkhabar tersebut akan digunakan bagi melapik tempat duduk dalam trak yang basah akibat hujan malan tadi. Keadaan dalam trak juga akan basah dan selalunya digenangi air. Hujan tempiaslah tu. Gambar diambil pada tahun 1989 di Blok Selangor, Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu.



Namun begitu, sehingga kini masih ada satu misteri yang belum terungkai tentang trak tentera ini, dan saya masih tercari-cari jawapan kepada persoalan ini sehingga kini. Kenapa trak tentera yang digunakan untuk membawa anak-anak tentera ini ke sekolah dinamakan sebagai "FERI SEKOLAH"? Siap tampal besar lagi label FERI SEKOLAH tu pada bahagian depan trak...


 Sehingga ke hari ini pun, gelaran "FERI SEKOLAH" masih diberikan kepada trak yang membawa anak-anak tentera ke sekolah. Rasanya Feri Sekolah pada masa sekarang mungkin lebih selesa berbanding Feri Sekolah pada zaman saya bersekolah dulu.

54 ulasan:

  1. huhu aku takdak can nak naik feri sekolah dulu, pegi-balik dgn mak aku je sbb dia pun cikgu. sesekali je naik land-rover yang amik-antar bapak aku gi kem...

    BalasPadam
  2. Ooo, naik land-rover pun best gak. aku teringat hon dia. Bukan kat stering tapi kat joystick tepi stering...

    BalasPadam
  3. Bila tengok gambar masa pegi sekolah, teringat zaman dulu. Kena tunggu kat depan blok selangor. Paling best bila naik trak gajah. Trak gajah yang kepala bulat. Dulu ada satu lagi group kalau tak silap 104. Kami selalu ejek mengejek, 10 melayu ikan puyu, 104 ikan sepat.. Tapi kini semua dah jadi kenangan..

    BalasPadam
  4. teman dlu anak askar jugak thn 1978-1990,kami dlu duduk kat umah sewa depan kem tu ramd 104 kot..time tu ngan 10 melayu gak
    kat area kedai kuning tu..mmg byk kenangan masa naik trak askar g skolah dlu di sek keb bukit tok beng..aku thn 1985-1990..

    BalasPadam
  5. betol apa yg di kata oleh org yg tanpa nama tu..kalau blh bg sy no cphone awak blh kita bersembang lebih jauh kisah trak askar ni..

    BalasPadam
  6. hehe...suke gak aku bace cerita pasal trak tentera ni... pasal aku pun pemandu trak tentera...

    BalasPadam
  7. hihi truk 1 renjer..sempat la jua 7 bulan berkonvoi beramai-ramai 7wksp,7kod,pulada,rej501,7MP,10MD amik budak Sekolah kebangsaan angkatan tentera Johor Bahru..

    BalasPadam
  8. Ada diantara tuan-tuan yang tau dimana Volvo C303 masih boleh dicari? Saya dah lama mencari satu.

    BalasPadam
  9. Salam Semua,

    Bila lihat Trak VOLVO C303, teringat waktu zaman sekolah dari tahun 1984 - 1987 naik feri sekolah jenis VOLVO 4 tayar / 6 tayar. Tak silap saya, waktu ayah berkhidmat di 2 RAMD Kem Batu 5 Mentakab dan Markas 3 Div Kem Terendak. Tahun 1988 - 1991 naiklah trak Mercedes 3 Ton di Kem Lok Kawi, sabah & Kem Penrissen di Kuching.

    Memang nostalgia betul la trak Volvo...

    Cheers,
    JeffNSP@hotmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tahun 88 sempat skolah di lok kawibdlm darjah tiga lepastu 89 pindah tawau sekjap then balik semenanjung

      Padam
  10. trak volvo ni kalu di pennerissen camp...tnggu d tangki air besar.....kami gelar dia trak cicak kobeng...tak tau la kenapa....ada satu laluan balik dari semenggo ke penerissen camp lalu jalan lama tak ikut highway...mesti terbang punya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tangki besar? Yang atas bukit tengah kem tu ke?
      Saya bukan anak askar, tapi hampir tiap minggu selalu lawat saudara tinggal kat kem tu, kadang2 bermalam kat situ.
      Pakcik saya dulu Renjer, stesen kat Penrissen hujung 80-an, sebelum transfer ke Ipoh sampai dia pencen.

      Padam
  11. JeffNSP@hotmail.com

    eh..ayah awak sama batalion ngn ayah saya..dy 2 ramd kat kem bt5 mentakab jgk time 2 dr thun 1980 smpai 1988,lepas tu 2 ramd pindah ke sri aman,s'wak,cuba tnya ayah awk coy ape dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita...arwah ayah 2 ramd jgk. Ddk di mentakab pd 1980 balik dari kem lok kawi. Pernah naik trak volvo ni ke sekolah rendah abu bakar mentakab. Driver Pakcik Shukor

      Padam
  12. Memang syok naik trak pada masa dulu. Aku mula naik feri sekolah dari tahun 1970 hingga 1976. Masa tu ayak aku berkhidmat di 2 Kompeni Angkut, Taiping. Sepanjang tempoh itu aku naik trak jenis Bedford kepala bulat, Nombor Z6130 dan kekadang Z4494. Kekadang dapat gak naik Volvo tu. Memang seronok hidup di kalangan keluarga tentera di tahun 1960an hingga penghujung 1960an.

    BalasPadam
  13. Salam<Terima kasih pada bloger yang sudi menulis tentang Trak Volvo Lama nie,Ini adalah satu memori pada yang pernah memandu dan mengunakan perkhidmatan FERI SEKOLAH tentera padawaktu itu.Trak Volvo C 303 4 x4 juga digunakan untuk menarik meriam 105 mm kepunyaan unit Artileri, juga digunakan sebagi ambulan untuk unit tentera.Trak ini mmg bagus,,cuma sedikit masaalah pada plug dan juga rotor arm sahaja.Winch trak ini mmg terbaik pada zaman itu,,, .Kalau setakat redah air 3 kaki tu boleh lepas lagi lah.Tapi minyak mmg parah sikitlah....kadang-kadang tu ada juga gear jumping.Tapi walau bagimana pun TRAK INI MMG TERBAIK.Saya berpengalaman memandu Land rover lama dan defender 110,Mercedes 911, Volvo C 303 4 x 4 dan 6 x6,dan banyak lagi sehinga MAN 6 X 6,Kalau yang nak cari Trak jenis ini Volvo 4 x 4 ini cari kat Brincang Cameron Highland,atau di batang kali.Kawan telah guna trak jenis ini tetapi telah tukar injin kepada TOYOTA 4000 cc .Dan masih digunakan sampai sekarangggg

    BalasPadam
  14. ct_220385@yahoo.com12 April 2012 pada 2:43 PG

    ehh..silap2 dlm trak feri sekolah 2 ade kakak n abg sy..time 2 umo diaorg 12 & 13thn :)

    BalasPadam
  15. mana nak cari trak volvo c303,c304 ni lagi ek? berminat utk beli

    BalasPadam
  16. mana nak cari trak ni lagi ek? berminat nak beli.

    BalasPadam
  17. Tgk balik memang nostalgia! Tapi sepanjang idup aku sebagai anak askar... tak pernah aku naik trak volvo tu... landrover kekadang je sebab aku gi sekolah naik beskal! huhuhu.

    BalasPadam
  18. Ferry tu dari penggunaan verb ferry :

    "to transport people or goods in a vehicle, especially regularly and often

    tu fasal lori jadi bas sekolah dipanggil feri sekolah

    BalasPadam
  19. mmg best laa bila teringat masa kita semua naik trak gi sekolah..

    era tahun 1983-1988 sek.keb.bukit tok beng..di kem 10 RAMD..start button tu..paling best dpt duduk depan dgn driver..tpi selalu nye anak pegawai jer yg dpt naik dpn..

    ade satu kenangan pahit buat aku masa tu..kwn baik aku seorang anak kapten maut terjatuh dri trak ini..seorang murid tercedera..kelindan patah kaki..kecoh satu kem masa tu..sehari sebelum nahas..mangsa bermain-main bersama aku..sedih dan terkilan..

    klu sesiapa yg teringin berkongsi bersama aku kenangan ini..boleh la ad FB azline abdul fatah..email : azlineaf@yahoo.com...012-5849878 aline...

    BalasPadam
  20. teringat pernah naik trak ni masa nak g tadika di kem batu kentonmen circa 1990...

    BalasPadam
  21. http://alatempur.blogspot.com/2010/04/slanga-di-dalam-tentera-darat-malaysia.html

    Salam bro, nak tanya awak ler. Anak2 askar tau tak slanga2 dalam askar ni?

    BalasPadam
  22. Teringat member member lama kat situ. tunggu trak kat blok selangor. sekali trak datang, semua serbu...siap tanya lagi...trak ni sekolah mane?...Dulu aku ingat ada yang sekolah bukit tok beng, tok jiring, sekolah ibrahim fikri..lat tahun 1988 ikut bapa aku pindah kat jb sampai pencen bapa aku...

    BalasPadam
  23. Arwah ayah sya dr MT 10 RAMD.. Last skali di Kem Seberang Takir, Trg. Kami tggl di Blok Serawak hingga tahun 1985.. Bnyk kenangan di situ..

    BalasPadam
  24. unitzbAssalamualaikum, kenal tak 13956 PW2 Ismail. boleh poskan gambar bersama arwah tak. T.k.

    BalasPadam
  25. salam..dlm nie ada gambar pak sedara saya..karim ahmad..skunk sudah bersara..

    BalasPadam
  26. Awk satu kelas dgn saya masa Tadika dlm kem ..

    BalasPadam
  27. feri sekolah sebab dia ulang alik p amik n antaq anak2 askar p sekolah. jadi sebab 2 la depa panggei feri sekolah. trak 2 selalunya x terlibat dgn tugas2 operasi.

    BalasPadam
  28. tringt plk zamn kolh naik trak ford polis yg salu rosak tgh jln haha tp time kt kem polis hihih time tu thun 2000 ....

    BalasPadam
  29. Memang terbaik servis yg diberikan oleh ATM..
    Sebagai seorang anak pegawai, aku tak kisah nak naik feri mahu pun staff car. Naik feri lg syok sbb ada kawan2 tak kira la anak LLP atau pun anak pegawai yang lain..
    1988 - 17 RAMD Kem Terendak
    1990/91- PULADA Johor
    1994 - 13 RAMD Bentong

    BalasPadam
  30. mencari kawan lama yg penah naik 3ton ke sek..di kem lok kawi.tahun 1998.1999

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 ton sekolah mane??
      3RAMD Sanzac & Maktab Sabah
      5RAJD Putatan
      5Briged Peter Monjuntin...

      Padam
  31. Saya bersekolah di SRKKT- Kem Terendak dari tahun:-
    1979-Sekolah Tadika Kem Terendak
    1980-1985-Darjah 1-Darjah 6
    Seingat saya,dulu saya berada dlm kelas 1K,2B1,3J,4H,5H,dan 6J
    Selepas tu ke SMKT dari form 1-3
    Kot kot ada yg sekelas...
    0196895401

    BalasPadam
  32. Salam semua, mohon maklumat, di mana sy boleh dapat membeli truck volvo c303 6x6 ni ye.. jika ada yg tau, boleh hubungi sy di 01121235161.. minat sngt ngan truck ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tolong cari kat kuching,,ada jugak tengok truck volvo tu kat sini

      Padam
  33. Salam semua, mohon maklumat, di mana sy boleh dapat membeli truck volvo c303 6x6 ni ye.. jika ada yg tau, boleh hubungi sy di 01121235161.. minat sngt ngan truck ni..

    BalasPadam
  34. Volvo c303 ni ada 3 model..
    Versi 1/4 ton. 4x4. Body paling pendek. Biasa sebagai pengganti l/rover utk pasukan tentera darat yg x dilengkapkn dgn kenderaan l/rover.
    Versi 3/4 ton. 4x4. Body pjg sikit dari 1/4 ton. Khusus utk pasukan batalion2 infantri sebagai kenderaan pembawa mortar.
    Versi 3 ton. 6x6. Body pjg. Sebagai trak cargo pelbagai guna, mengangkut anggota, peluru, bahan letupan & pelbagai cargo yg lain.

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Banyak kenangan manis Volvo 6x6 Masa pergi sekolah di kem kuala lipis Pahang 1986...

    BalasPadam
  37. Adakah lori askar masa kini masih menggunakan petrol?

    BalasPadam
  38. Klu ade Sya pun nk jgk bli...satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari kat kuching..saya nak cari truck bedfood kepala bulat ..017 8652067

      Padam
  39. Cari kawan sama sama sekolah di sk kem lok kawi dari tahun 1987 -1992
    MOHAMMAD IQBAL

    BalasPadam
  40. Hubungi sy 0172294483@FB ADIEDANIEL IQBAL CHW

    BalasPadam
  41. Teringat dulu naik Volvo C303 ke MRSM Kem Terendak dari KL, sebab time tu tak reti naik bas lagi,.. Seingat saya, boleh tahan laju jugak trak tu boleh pergi dlm 100~110kmh. Land rover pulak, saya selalu naik waktu pergi sekolah kat Kota Belud. Memang kenangan yang tak boleh dilupakan.

    BalasPadam
  42. Sy pun anak bekas tentera.
    Tahun 75 jln kaki gi sekolah.
    Duk Riffle Range, PP.
    Ayah saya kerja di Kem Sg Ara, PP.
    Tahun 76-78, sekolah dalam Kem Sandakan, Sabah.
    Jln kaki je pergi sekolah.
    Tahun 79-80 duk di Kem Tambun, Ipoh (Masa tu Batalion 8 Renjer). Ayah saya dlm pasukan 25 RAMD di Ashby Road.
    Masa ni kerap naik trak volvo pergi balik sekolah. Kadang2 sangat baru naik trak kepala bulat. Kalau Ada peluang, boleh duk depan sebelah pemandu trak. Tapi biasanya anak2 anggota LLP yg lebih tinggi duk di depan. Pemandu dan penjaga di belakang trak mmg baik. Orang lama. Yang seronoknya saya dan kawan satu sekolah adalah KUMPULAN yg terakhir sampai di sekolah waktu pagi setelah hantar anak-anak tentera yg lain di sekolah2 sekitar Ipoh. Memang cukup nostalgia.

    BalasPadam
  43. Akhir tahun 75, naik kapal Sang Suria dari PP ke Sandakan Sabah. Gelora dan gelombang laut di Laut China Selatan cukup2 mendebarkan. Rasa kapal macam nak tenggelam dilambung ombak besar dan air masuk juga bahagian atas kapal (2 minggu masa perjalanan termasuk singgah di Kuching dan Labuan). Boleh tengok wayang atas kapal masa tu.
    Akhir tahun 78, naik kapal Sang Fajar dari Sandakan ke Kota Kinabalu (sehari semalam perjalanan).
    Kemudian naik pesawat Hercules C-130 ke Ipoh beramai-ramai. 3 jam perjalanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun ada pengalaman naik sang suria pd hujung 1976. Kami berlayar dari port klang ke kem lok kawi.Arwah Ayah berkidmat dalam 2 ramd.

      Padam
  44. 1980 darjah 6 sekolah keb bukit kecil,kuala terengganu..selalu naik trak ni dari 10 ramd seberang takir kem..memang best masa tu.

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. Sekarang saya 34 .. kenangan tinggal kenangan Time sekolah seronok naik trak Time tu kat sekolah dulu Tanjung lalang tempat cabut gigi depa kata berhantu ....hehehhe Time balik plak mesti singgah kat sebelah block tu kutip kelosong perluru.... Kota ade kawan ke kenal saya Redzuan Zahari Korea tingkat 3 tahun 1988n1989 cam tu lah yang saya ingat abg lang n Anis ....

    BalasPadam
  47. Sape lahir tahun 1986 yg tinggal rumah askar kem batu 3 Mentakab jika ada yang kenal saya masa kecil2 dulu boleh dm .. yang saya ingat Sharifah ..... FB wankds

    BalasPadam