22 Disember 2010

Susu Cap Bendera

Susu Cap Bendera merupakan salah satu produk susu isian sejat pekat manis (condensed milk) yang cukup popular sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan tambah gantian susu dalam minuman rasmi rakyat Malaysia seperti kopi, teh, MILO, Nescafe dan sebagainya. Tak kira minuman panas atau sejuk, disediakan oleh Mamak di kedai mahupun oleh isteri di rumah.

Susu Cap Bendera yang megah dengan kibaran benderanya

Antara pesaing utama Susu Cap Bendera pada zaman kegemilangannya adalah Susu Cap Junjung (Milkmaid) dan F&N. Seperti pesaing-pesaingnya, Susu Cap Bendera juga cukup berjaya menawan hati pengguna ketika itu. Ia dapat menukarkan minuman kopi atau teh yang berstatus "O" kepada status "bersusu" dengan cemerlang sekali. Walaubagaimanapun, Susu Cap Junjung dan F&N masih kekal bertahan sehingga ke hari ini. Apa sudah jadi sama Susu Cap Bendera? Bendera sudah tidak berkibar lagi...


Untuk mengatasi pesaing-pesaingnya, Susu Cap Bendera didatangkan dengan versi perasa coklat, Kalau produk ini ditambahkan kepada minuman Nescafe "O", secara automatiknya ia akan bertukar ke "Neslo" (Nescafe + Susu + MILO). MILO kan rasa coklat juga. Ia secara tidak langsung boleh menjimatkan kos minuman anda.


Jika anda masih ingat lagi, kerapkali juga iklan Susu Cap Bendera ini dapat kita tontoni di kaca TV, khususnya pada waktu perdana dan diselang-selikan ketika menonton drama-drama swasta. Pengeluar Susu Cap Bendera ini pun dikira agak pemurah hati juga kerana sudi menaja pelbagai jenis rancangan  TV khususnya siri-siri drama swasta.



  Pelakon Wafa Abdul Kadir dan Isma Aliff membintangi iklan TV Susu Cap Bendera. Sudah lama kita tidak mendengar cerita dari mereka berdua.



8 ulasan:

  1. hehe... mana pegi la susu-susu ni semua

    BalasPadam
  2. Nutrien susu dah jadi physiological deposit dalam badan. Tin susu mungkin dah dikitar semula..

    BalasPadam
  3. susu cap bendera masih hidup !!

    dia susu dari negara Belanda..

    dan yg versi Malaysia diimport oleh Indonesia !!

    nak susu Cap Bendera ada di Indonesia !!

    BalasPadam
  4. Kat Indonesia memang masih ada. Kenapa Cap Bendera dah tak masuk ke Malaysia lagi?

    BalasPadam
  5. mungkin ada tapi di kedai yg jual barangan Indonesia la.

    ada byk di area yg ramai rakyat Indonesia.

    BalasPadam
  6. Kat malaysia jenama susu bendera dah xde...
    Produk dutch baby milk 6dah ditukar jenama dutch lady...
    Mungkin atas sbb politik jenama bendera masih kekal di indonesia...

    BalasPadam
  7. Wah..kat Malaysia ada eh susu cap bendera ni? Kat belanda still ada lagi. Tu bendera Friesland, one of the province di Belanda. Terletak di North Holland.Sedap susunya sbb xde tambah apa2. Masa duduk Leeuwarden, susu ni la peneman setia.

    BalasPadam
  8. frisian flag ni mmg brand indonesia. tak tahu plak dlu ada kat malaysia. brand ni bawah frieslandcampina. kalau kat malaysia brand frieslandcampina ni dutchlady tu. kalau tak silap susu cap junjung ni asal produce kat dutchlady. then because of against dia punya principlw to provide nutritios milk to malaysia. dia jual line tu masa tahun 2012/2013. ntah betul ke tak

    BalasPadam