01 Mac 2011

Pakaian tempur celoreng Tentera Darat Malaysia yang lama

Hari ini genap 78 tahun penubuhan Tentera Darat Malaysia (TDM) di mana ulangtahunnya disambut pada 1 Mac setiap tahun. TDM ditubuhkan pada 1 Mac 1933. Dalam post kali ini, saya tidak mahu menghuraikan tentang sejarah TDM kerana pembaca boleh mendapatkan maklumatnya dengan mudah di internet.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama kali ini adalah tentang pakaian tempur Tentera Darat (corak celoreng lama) yang sudah tidak lagi digunakan pada masa kini. Mungkin ada generasi sekarang yang tidak pernah melihat pakaian tempur celoreng tentera kita pada masa dahulu.

Hampir kesemua gambar yang saya kongsikan di sini adalah koleksi peribadi ayah saya; Tn Syed Abu Bakar b. Syed Mohamad, semasa beliau bertugas sebagai Tentera Darat suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, beliau dapat bersara dari dunia tentera dengan jayanya tanpa mengalami sebarang kemalangan atau kecederaan semasa bertugas. Ayah saya mula bertugas pada tahun 1973 sehingga tamat perkhidmatan pada tahun 1992. Pada masa tersebut, aktiviti memerangi pengganas Komunis sedang giat dijalankan sehinggalah pada tahun 1990 apabila Parti Komunis Malaya (PKM) meletakkan senjata secara rasmi.


Ayah saya (posisi bertinggung) bersama rakan platun semasa mula menyertai perkhidmatan Tentera Darat pada tahun 1973. Pada waktu ini Tentera Darat belum lagi menggunakan pakaian tempur yang mempunyai corak celoreng. Pakaian tempur di atas sebenarnya berwarna hijau muda. Lokasi gambar adalah rahsia.


Gambar ini diambil pada tahun 1979 di Kem Semanggo, Kuching, Sarawak. Ketika ini ayah saya bertugas di Rejimen ke-10 Askar Melayu Diraja (RAMD). Inilah dia sebenarnya pakaian tempur celoreng yang pertama digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.


Ayah saya ketika perbarisan 10 RAMD di Kem Semanggo, Kuching.


Gambar diambil di Cameron Highlands sewaktu operasi bersama Kor Armor Diraja. Kereta perisai V-150 TD dalam gambar ini sudahpun ditamatkan perkhidmatannya dalam Tentera Darat.


Ayah saya bergambar berlatarbelakangkan helikopter Aloutte yang masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga kini. Rasanya kena tukar lah tu dengan helikopter yang baru...


Gambar diambil di sebuah kem di utara Semenanjung ketika ayah saya mengikuti satu operasi. Kereta perisai APC SIBMAS dalam gambar di atas masih aktif lagi digunakan oleh Kor Armor Diraja. Senang saja kalau anda nak tahu samada seseorang tentera itu sedang menjalankan operasi atau tidak. Lihat saja pada pakaian celorengnya. Kalau warna celoreng itu sudah pudar atau lusuh, maknanya tengah operasi lah tu. Ayah saya kata kain celoreng ini macam kain denim (jeans). Lebih lusuh ia, lebih selesa dipakai. Material kainnya juga lebih tahan lasak dari kain celoreng jenis baru. 


Ayah saya dan rakan-rakan platun 10 RAMD ("skot" dalam bahasa askar) sedang berehat sebentar sambil berposing di hadapan kamera ketika menjalankan satu operasi di lokasi yang dirahsiakan. Ketika ini 10 RAMD berpusat di Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu.


Sekarang pakaian celoreng telah digantikan dengan corak yang baru. Menurut apa yang diceritakan oleh ayah saya, pakaian celoreng lama lebih bagus berbanding dengan celoreng yang baru. Ini kerana jika seseorang tentera berada dalam keadaan "menyamar" di dalam hutan, beliau lebih sukar untuk dikesan jika memakai pakaian celoreng jenis yang lama. Celoreng jenis lama lebih sesuai digunakan oleh anggota tentera yang bertugas di unit-unit khas seperti Sniper dan Marksman. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tanya ayah saya...


Pakaian tempur celoreng Tentera Darat yang baru. Pada pendapat anda, celoreng mana yang lebih cantik? Lama atau baru?


Sniper Tentera Darat Malaysia. Cuba anda lihat betul-betul pada corak celoreng yang digunakan pada pakaian dan pada senjata Sniper di atas. Celoreng baru digunakan untuk pakaian manakala celoreng lama digunakan sebagai pembalut samaran pada senjata. Corak celoreng mana yang lebih realistik? 


Tidak kisahlah sama celoreng baru atau lama, yang penting ialah semangat kesetiaan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggota Tentera Darat. Pakaian celoreng sebenarnya adalah pakaian eksklusif untuk anggota tentera sahaja. Saya sama sekali tidak bersetuju jika pakaian celoreng ini dipakai oleh individu-individu yang bukan dari golongan tentera.

Ayah saya pernah melahirkan rasa tidak senang pabila melihat terdapat ramai orang awam (civilian) di luar sana yang bukannya tentera, tetapi mengenakan pakaian celoreng dengan bersahaja dan sesuka hati. Cuba anda lihat di kompleks-kompleks membeli belah, berapa ramai remaja yang suka-suka hati berpakaian celoreng. Tak kiralah pakai baju celoreng ke, seluar celoreng ke, topi celoreng ke...

Tahukah anda, apakah yang diperlu dilalui oleh seorang tentera untuk melayakkan mereka memakai pakaian celoreng tersebut? Cuba anda fikirkan segala perit-jerih latihan ketenteraan yang mencabar ketahanan mental dan fizikal mereka. Anda mungkin faham, tetapi anda tidak dapat merasainya. Memahami dan merasai adalah dua perkara yang cukup berbeza.

Budak-budak remaja sekarang sedap saja melepak, mengurat aweks, membuat bising sambil bermain handphone di shopping complex dengan memakai baju celoreng ala-ala tentera. Mereka sedikit pun tidak tahu tentang keperitan dan erti pengorbanan seorang anggota tentera dalam mempertahankan negara. Tahu-tahu sekarang dah hidup senang-lenang. Adik-adik, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tak sama langsung dengan Program Rekrut Tentera...

Lebih menyedihkan lagi ada golongan tertentu pada zaman kini yang cuba mengangkat martabat pengganas Komunis sebagai pembela negara pula. Katakanlah apa sahaja, pendapat golongan ini memang tidak dapat saya terima langsung.

Bagi mengakhiri post kali ini saya kepilkan klip-klip video Filem "Darah Satria" dan "Prebet Lapok" yang cukup membangkitkan inspirasi anak-anak muda suatu ketika dulu untuk menyertai perkhidmatan tentera atau dengan panggilan sinonimnya dikenali sebagai "Masuk askar". Kalau anda mahu lihat aksi tentera semasa menggunakan pakaian celoreng lama, bolehlah menonton kedua-dua filem ini.


Filem Darah Satria dibintangi oleh Aman Shah, A Galak, AR Badul sebagai teraju utama. Filem tahun 1983 ini diarahkan oleh Datuk Aziz Satar. Jika anda menghayati lirik lagu ini dengan penuh khusyuk, boleh terasa semacam satu perasaan yang sukar digambarkan.



video
Klip dari filem Prebet Lapok arahan Datuk Aziz Satar. Klip di atas mempertontonkan gelagat dan aksi AR Badul ketika mula-mula memasuki kursus asas rekrut Tentera Darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson.



video
Klip video lagu "Hoi Kawan-kawan" dalam filem Prebet Lapok. Lagu dinyanyikan di atas trak tentera ketika perjalanan ke tempat operasi.


Kenapa sudah tiada produser filem tempatan yang berminat nak buat filem tentera Malaysia ye? Kan banyak sumber cerita dan skrip yang boleh diolah berdasarkan kisah benar perjuangan anggota tentera ketika menentang pengganas komunis dulu?

Selamat menyambung ulangtahun ke-78 Tentera Darat Malaysia kepada semua perajurit dan bekas perajurit tanahair. Pengorbanan Tuan-tuan yang tiada tolok-bandingnya kepada negara amatlah kami sanjungi. Keamanan dan kemakmuran negara kini terbina dari hasil titisan keringat, darah serta air mata anda (dan juga keluarga anda). Al-Fatihah untuk semua pahlawan negara yang telah gugur mempertahankan bumi Malaysia ini.

"Untuk semua penulis blog, ingatlah bahawa kemajuan sistem internet negara yang membolehkan kita menulis blog pada hari ini adalah terbina hasil pengorbanan para perajurit dalam mempertahankan negara." 

p/s: Entry selanjutnya saya akan bercerita tentang trak-trak askar yang pernah digunakan oleh Tentera Darat semasa memerangi pengganas Komunis. Sila klik di sini: "Trak Askar Lama"


62 ulasan:

  1. baju2 serta tongkat arwah abah aku masih tergantung dalam almari dia... huhuu...

    produser filim asyik dengan cerita haaaantuuuuu je skang ni. Cuba lah buat cerita askar, perjuangan negara pulak kan...

    BalasPadam
  2. Azdie, malam ni kat TV1 ada cerita 13 episod berjudul Platun Harimau...

    BalasPadam
  3. hehehe mesti bangga husband saya
    klw dia tgk entry ni

    BalasPadam
  4. wahh.sangat best artikel ni.serono tengok macam mana kehidupan generasi sebelum saya.selamat hari tentera darat malaysai..!! :)

    BalasPadam
  5. td awk cal saya: baju celoreng yg dulu > nampak praktikal dan kemas tak berserabai dan warnanya bercampur mcm daun2 di hutan.....tp celoreng yg baru nie....bukan nak mengutuk tapi mula2 tengok ...terkejut jugak sy melihatnya....macam alien/monster yg kluar dr paya (teringat cerita org putih dulu2, tajuk crita dah lupa arr)......dan macam kuih dr kelantan iaitu jala mas pun ada rupa jugak....heee...heee....maaf ya....

    Apa2 pun timakasih yg tidak terhingga kpd semua angkatan tentera kita yg telah byk berjasa sejak dr dulu hgg skg...krn jasa mrk yg menjaga keselamatan negara....T.kasih

    BalasPadam
  6. Salam saudara,
    Satu imbasan peribadi yang menarik. Pastinya akan membangkitkan semangat dan nostalgia para perajurit negara kita.

    Mudah-mudahan orang awam mampu memahami sedikit sebanyak apa yang perlu dilalui oleh para perajurit kita. Paling tidak pun, hormati selayaknya.

    ~ OnDaStreet
    http://ondastreet.wordpress.com

    BalasPadam
  7. bagi saya yang boleh dikatakan tiap2 minggu pakai celoreng,yg baru lagi smart kot..nampak lebih kemas..

    BalasPadam
  8. arwah abah dulu TUDM..

    anyway, comel tengok celoreng yg ada sniper tu..

    BalasPadam
  9. TUGAU SKYDIVE1 Mac 2011 5:12 PTG

    TUGAU SKYDIVE..BAJU LAMA TU YANG PALING LASAK DAN TIDAK MUDAH LUSUH..BAJU BARU SEKARANG NI TIDAK ADA KUALITI....GAGAH SETIA

    BalasPadam
  10. Terima kasih diucapkan kepada semua yg sudi melawat dan memberi komen pada entry kali ini.

    Rupa-rupanya masih ramai generasi muda yg tidak tahu bahawa 1 Mac adalah ulangtahun Tentera Darat Malaysia.

    Keamanan, kemajuan, kelajuan internet yg membolehkan kita menulis blog adalah terbina hasil pengorbanan para perajurit dalam mempertahankan negara.

    "GEMPUR WIRA!"

    BalasPadam
  11. Betul kata Tugau Skydive, kualiti material kain celoreng lama jauh lebih bagus dari celoreng baru...

    BalasPadam
  12. Errr...gua rase cam terkene gak la...
    bangga ngan tentera Malaysia..semangat berjuang yg tak pernah luntur walau dimana jua ditempatkan...

    BalasPadam
  13. wow!!!! tentera2 mesti proud bace artikel ni. terima kasih sgt2 kat diorang ni cuz jaga negara kita ;)

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. baguih ni,,, mesti bangga geng2 mat tiarap tgk entry ni... skang ni pun celoreng dah baru,,, name kat baju dok sengat n pangkat pulak dok kat dada..

    BalasPadam
  16. Masrom,

    Ayah saya kata dia kurang setuju bila simbol pangkat anggota tentera diletakkan di bahagian dada.

    Sepatutnta dikekalkan simbol pangkat di atas bahu, menandakan tanggungjawab pemegang pangkat tersebut yang tersandar di atas bahu..

    BalasPadam
  17. Assalamu'alaikum..

    1. Saya bersetuju memang produser filem negara masakini kurang membikin filem bertemakan patriotik.

    2. Ada 2 kemungkinan.

    3. Samada bajet yang tidak mencukupi
    >> nak buat filem tentera ni banyak kena pakai duit oo untuk baju celoreng dulu2, helikopter lama2, trak lama2,APC lama2, raifel lama2..mestilah nak buat filem yang berdasarkan sejarah dan fakta yang tepat(takkan nak main buat filem perang 70/80an tapi dah pakai keta kebal PT91, tak logik kan?)

    4. Keuntungan yang produser nak buat dengan filem cinta/hantu..(depa ingat buat filem patriotik x laku ka?? aku pi tengok dulu tuh)

    5. Kalau la ada duit banyak, aku nak buat filem patriotik banyak2..

    6. Majulah Tentera untuk Negara..

    BalasPadam
  18. Firdausizhar,

    Tak lama lagi akan ada rancangan 17 episod bertajuk "Paltun Harimau" yg akan ditayangkan di TV2.

    Kisah benar mengenai tentera darat kita melawan pengganas komunis.

    Pasti akan dapat sambutan hangat...

    BalasPadam
  19. syed fairus

    alhamdulillah..
    Boleh saya tahu jadual rancangan 'platun harimau' tu.? terima kasih..

    BalasPadam
  20. Mungkin ade yg tau ataupun tidak...
    Celoreng sekarang lebih low quality dari yg dahulu...sebabnye, bajet....maklumlah, zaman makin maju, barang makin mahal...maka pembekal yg lama digantikan dgn yg baru kerana kainnye lebih murah...kain yg lama tu lebih tahan lasak....

    BalasPadam
  21. Firdausizhar,

    Minggu lepas saya ada telefon RTM. Mereka kata belum boleh tayang lagi dan waktu siarannya pun masih belum diketahui lagi.

    Nanti saya akan telefon lagi. Awak pun rajin2 lah tengok susunan rancangan TV ye. Takut saya pun tak terperasan. Kalau tahu, minta le tolong maklumkan kepada saya memalui blog ini. Boleh sama-sama berkongsi..

    BalasPadam
  22. kechieX, saya rasa betul lah pendapat awak tu.

    Semuanya nak cut bajet sekarang.

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah..ada juga pengertian insan yg membanggakan!!

    btl..bukan pakaian yg dilihat..tp semangat dan jati diri yg sebenar..yg perludipupuk dan bukan hanya dinikmati tanpa merasai....

    Papepun..pasal kes produser TV..kebanyakan mrk pentingkan nilai kormersial..tanpa amek kire life sebenar....banyak kisah tentera yg diolah salah oleh media yg paling jelas dlm cerita PREBET JAMILAH dan Gedeboom...sama2 la amek ikhtibar..peranan tentera cukup bnyak dalam aman dan sukar....:)

    BalasPadam
  24. Terima kasih buat penulis blog...Berbangga saya jadi tentera mcm ni...walaupun sy hny seorang wanita, tp niat di hati ini masuk tentera kerana tanah air tercinta...smoga anda yang awam di luar sana nampak, faham tugas dan tanggungjawab tentera di masa aman, masa perang kita dah tau kan...Jangan katakan kami tiada kerja waktu aman, klu nak tau masukla tentera atau kwen dengan seorg tentera, insyaallah anda akan dapat rasakan pe la yg cbuk sgt dgn tentera ni....Thanks again for the writer..smpaikn salam sy kepada ayah anda...GAGAH SETIA!!!1

    BalasPadam
    Balasan
    1. cayalah syasya...suka dow aweks jiwa tentera

      Padam
  25. Cerita Prebet jamilah pernah saya tonton di TV. Memang saya tak bersetuju langsung dgn cerita tersebut.

    Sepatutnya filem askar diaspirasikan berdasarkan kisah benar. Contih yg terbaik ialah Prebet Lapok dan Darah Satria.

    Ada juga dulu mini siri dlm TV1 (dulu-dulu) cerita tentang satu platun askar lakonan Datuk Yusof Haslam dan A. Galak. Tak ingat apa tajuknya...

    A. Galak dari dulu sampai sekarang, tak kira cerita askar ke atau cerita polis, tetap maintain pangkat Sarjan...Mungkin sebab misai dia kot.

    BalasPadam
  26. syasya cc,

    Memang betul. Hanya askar dan keluarga askar sahaja yg memahami tugas dan kehidupan seseorang askar itu.

    memang orang awam di luar sukar utk faham. Kalau tak faham saja, satu hal. Ini ada yg memperkecil-kecilkan & memperendah-rendahkan tentera kita.

    Mungkin sebab majoriti rakyat malaysia sekarang hidup senag-lenang, tak rasa susah atau derita semasa zaman komunis dulu...

    Kadang-kadang saya rasa ada juga bagusnya kita ikut style Singapura, buat kerahan tentera utk remaja-remaja negara..

    Mungkin selepas itu baru mereka nak menghargai kot...

    BalasPadam
  27. sekadar untuk pendapat aje..baju loreng lama sesuai untuk latihan hutan,baju loreng baru untuk baju pejabat.lau nk save bajet banyak yg ble cut..hehe..

    BalasPadam
  28. assalamualaikum semua,,,,,,celoren lama lebih tahn berbanding celoreng bru yg ada sekarang ini.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua askar sekarang pon cakap macam tu Ameer Aiman

      Padam
  29. asalamualaikum sy masih berkhidmat dlm ATM ....mmg btl sy setuju dgn pandangan saudara semua bahwa loreng jenis baru tiada kuality krn jika di basuh selalu warna cepat luntur dan nmpk teruk jika di lihat oleh org awam...xtau di mana silapnya.

    BalasPadam
  30. Alouette 111 adalah pesawat yang tertua dalam inventori TUDM, diikuti Nuri S61A-4.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, saya ingat lagi dlm Alouette tu ada kipas kecik warna biru...

      Padam
  31. Trak yg dia org buat pengambaran Darah Satria ada kat Unit aku la ni. tahun 1983 aku baru darjah 3 sekarang aku pulak pandu trak tu. Bangga weah. ZB 1072 tapi sekarang trak tu dah masuk Navy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke skot? Terima kasih banyak utk informasi tersebut...

      Padam
  32. celoreng baru pada saya cantik jugak..ada identiti dgn belang harimau tu...garang...kalau gelap lagi skit lagi smart..

    BalasPadam
  33. mej mohd khidhir27 Oktober 2011 4:47 PTG

    bagus lah....awk mgkin akan dpt membuat jiwa muda lebih tertarik dgn atm....

    BalasPadam
  34. ya betul celoreng lama tempur mengimbau sejuta kenangan yg sukar digambarkan berbulan bulan dihutan menjalankan operasi.. filem darah satria itulah meyemarakan semangat saya menyertai angkatan tentera dulu..iaitu dipenghujung tahun 1984..

    BalasPadam
  35. celoreng lama tempur ini menbangkitkan nolstagia yg sukar digambarkan berbulan bulan dihutan menjalankan operasi. filem darah satria inilah yang menyemarakan semangat saya menyertai tentera pada penghujung tahun 1984..selain melunaskan tanggungjawab dan cita2..sampai sekarang pun saya masih menyimpan..celoreng tersebut sebagai kenangan

    BalasPadam
  36. ayah sy pnh berkhidmat dlm TDM. setahun sblm celoreng baru d lancar kn dia dh pn bersara.. pakaian tu msh tersimpan lg dlm almari..

    BalasPadam
  37. salam mungkin ayah awak tu skot saya pangakal no saya 1065

    BalasPadam
  38. terima kasih admin.
    blog ni memberikan sya semangat untuk terima Pingat Kesetiaan besok.

    mmg baju lama adalah baju yang paling berkualiti. betul kate saudara kita. baju baju di olah adalah untuk nmpk lebih segak semasa malaysia mengikuti misi pengaman dulu. oleh kerna peperangan melawal insugensi sudah tak wujud lagi. maka baju baru adalah sesuai sekali. sekarang peperangang dalam bandar (bahasa mudah) sebab tu baju baru ni di adakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Tuan sbb dapat pingat tu. Dulu komunis duduk dalam hutan, tapi sekarang komunis duduk dalam bandar plak.

      Padam
  39. salam saudara...saudara ada pape info tentang sniper tak?

    BalasPadam
  40. Tdak byk info ttg SNIPER.
    Inilah Beberapa Kemampuan Yang Dimiliki Oleh Seorang Sniper. Motif utama mereka yang terkenal dengan trademark one shot, one kill (satu tembakan, satu terbunuh). Begitulah hukum wajib para sniper. Tidak ada peluru yang terbuang. Tak ada kamus meleset, kerana itu pertanda kegagalan. Laksanakan tugas, lalu hilang bak ditelan angin.Sesuatu yang bersifat tersembunyi atau tersamar (undercover), selalu menarik untuk diungkap. Sniper atau penembak hendap adalah salah satu diantaranya. Sniper, atau penembak hendap adalah seorang prajurit infantri yang secara khusus terlatih untuk mempunyai kemampuan membunuh musuh secara tersembunyi dari jarak jauh dengan menggunakan senapang.
    -Sumber di petik dari
    http://www.terryrottenblog.com/2012/11/info-tentang-penembak-hendap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduh Tuan, sugguh bersemangat komen Tuan....terima kasih di atas maklumat Tuan tu. Skill Tuan itu amat saya kagumi.

      Padam
  41. abah sy buat menoreh baju lama tu..selesa...
    baju baru simpan lam almari...beret hijau,tak pernah senyum pn dlu...komando katakn...sy bngga abah sy seorg askar...

    BalasPadam
  42. dimana boleh dapatkan pkaian uniform askar untuk kanak kanak...

    BalasPadam
  43. Tahniah sdra anak askar. Catatan yg bagus dan boleh memberi pelbagai maklumat kpd sesiapa yg membaca blog sdra yg saya temui ketika melayari laman Volvo C303 C304. Terlebih dahulu maafkan saya diatas sedikit ulasan ini jika tersilap. (1) Gambar di Cameron Highlands bersama kereta perisai Commando V-150, ketika gambar itu dirakam pada pendapat saya Rejimen itu dikenali sebagai Rejimen Kavalri Diraja rengkasnya dipanggil KAV atau sudah menggunakan nama Rejimen Armor Diraja ?. (2) Sdra silap mengeja perkataan 'Aloutte', ejaan sebenarnya 'Alouette'. (3) Bukannya unit 'sniper' dan 'marksman' tetapi unit sniper atau penembak tepat sahaja. Seseorang sniper atau penembak tepat itu mesti memiliki tahap 'marksman' atau 'ketepatan' yg tinggi. (4) Pakaian celoreng. Saya juga setuju dgn sdra bahawa pakaian seragam itu tidak boleh dipakai oleh orang bukan tentera atau pasukan keselamatan lain. Jangan silap faham pula, maknanya pakaian celoreng hanya wajar dipakai oleh keanggotaan tentera atau polis atau pasukan keselamatan sahaja. Corak celoreng itu digunakan oleh mana-mana pasukan keselamatan dlm dunia ini adalah untuk penyamaran yg sesuai dgn keadaan mukabumi negara masing-masing. Sebagai contoh jika tentera Malaysia dihantar bertugas keluar Negara, mereka tidak boleh gunakan corak celoreng seperti belang harimau yg dipakai di negara kita dipakai pula di megara berkenaan. Pakaian celoreng itu bukanlah sebagai tanda seseorang itu telah lulus sesuatu latihan tetapi pakaian celoreng itu adalah pakaian 'gerakan' atau 'operation' yg mana selalunya ramai org tidak faham dan suka menyebut 'operasi'. Maknanya apabila mana-mana keanggotaan tentera ditugaskan dikawasan gerakan, mereka mesti memakai pakaian celoreng, bukannya memakai pakaian harian kerja berbutang besi, tanda-tanda ribbon bintang dsbnya. TQ.

    BalasPadam
  44. Apabila Parti Komunis Malaya ( PKM ) menandatangani 'Perjanjian Damai' pada bulan Disember 1989 di Hatyai, Thailand jika kita fahami bahawa mereka bukannya menandatangani Perjanjian Meletak Senjata atau Berperang tetapi hanya 'berdamai' tidak berperang sahaja, maknanya ideology komunis dan ingin menubuhkan Negara komunis masih didalam fikiran mereka. Oleh itu semua rakyat yg inginkan keamanan mesti sentiasa ingat bahawa PKM itu masih wujud. Selain dari itu berkenaan keanggotaan ATM skrg jika dibandingkan dgn keanggotaan ketika zaman ancaman PKM, tentera Malaysia pengambilan mulai tahun 1990 adalah tidak ada pengalaman bertugas didalam kwsn-kwsn gerakan di hutan. Oleh itu pihak ATM khasnya tentera darat wajar meneruskan latihan-latihan peperangan di hutan kerana Negara kita mempunyai hutan yg amat luas. t.k.

    BalasPadam
  45. Celoreng dulu dgn sekarang memang byk beza,bapak sy askar jugak,start 1980 sekarjng dh pencen la 25tahun brkhdmatan dalam unit 6briget,now my brother askar kem sg.udang ggk akan dtg doakan sy lak,hbs ja dgree aku nie nk join askar ganti abah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Ejat Lee, tuan betul-betul anak jantan, masuk askar lepas Ijazah. Sekarang ni Tuan kat unit mana?

      Padam
  46. Tak dinafikan kualiti celoreng sekarang mmg kurg, basuh sekali pon dah lusuh. Mgkin ada ketirisan di mana². Gagah Setia 'bukan senang nak senang'

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kena nyanyi lagu Gagah Setia ni Muhd Shafiq...

      Padam
  47. Saya nk tnya..baju kelabu sebelah ayah kamu tu..yg unik kor amor tu ayah kamu kenal x..nama dia apa yee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pastlah cik Noor Aillia. nanti saya check sekali lagi.

      Padam
  48. Baju loreng dulu lagi bagus. Material tahan lasak, Loreng baru, buat latihan hutan tak sampai sebulan dah koyak jadi macam skirt. Baju loreng lama sesuai warnanya dengan hutan dan rupabumi Malaysia. Baju celoreng tentera bukan fungsi untuk bergaya. Ia untuk tujuan penyamaran.

    BalasPadam
  49. Tuan Nadzir, ada pereka fesyen yg dok gila buat fesyen entahapekebendetah dgn kain celoreng askar kita. Golongan macam langsung tak hormati perjuangan anggota tentera. Apa yang patut kita buat dgn diorang?

    BalasPadam
  50. Saya perempuan dan akan menyertai atm tentera darat.dan saya bangga kerana arwah datuk saya menentang jepun,arwah ayah pula menentang komunis dan sekarang giliran saya pula menentang penjajah zaman moden kini.terima kasih abah,terima kasih atuk,saya akan ikut jejak kamu berdua.terima kasih kerana kamu saya ada didunia memikul tanggungjawab yg pernah digalas kalian.terima kasih kerana pengorbanan kalian dahulu.

    BalasPadam
  51. Tahniah dan syabas dr syed fairus abadikan gambar kenangan pelajurit dlm arkib blog tuan,sya suka melihat gambar pelajurit dlu yg jasa nya tetap dikenang oleh rakyat malaysia

    BalasPadam