05 April 2011

Air kotak Junior Juice

Pernahkan anda (sebagai seorang ibu atau bapa) menghadapi masalah melayan kerenah anak seperti di bawah:


"Ini kenapa tak habis minum air kotak ni? Penat mak belikan tau", tanya anda.

"Tak laratlah nak minum mak/ayah. Lagipun tak sedap", jawab anak anda.

"Minum! Tak baik membazir. Tadi dia yang nak sangat...", desak anda.

"Tak nak!!! Emak/Ayah ajelah yang minum", desak anak anda pula sambil dah mula merengek.


Kesudahannya, anda juga yang terpaksa menghabiskan minuman tersebut, kerana tidak mahu membazir. Mengapakah kejadian seperti di atas berlaku?

Selain dari rasa minuman air kotak tersebut yang mungkin kurang sedap, saya rasa kanak-kanak sebenarnya sukar untuk menghabiskan keseluruhan air dalam minuman kotak tersebut. Ya, 250 mL air di dalam minuman berkotak bukanlah mudah untuk dihabiskan oleh seorang kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah (kalau tak betul-betul dahaga).

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak mudah terpengaruh dengan ilustrasi kartun atau gambar yang tertera pada bungkusan makanan atau minuman. Dalam kes air kotak ini, mungkin ilustrasi gambar atau grafik  pada kotak minuman tersebut memang menarik, tapi tak semestinya rasa air kotak itu juga menarik...

Kalau dah tak sedap, memang tak akan habis minum punya...

Untuk mengatasi masalah minum air kotak tak habis ni di kalangan kanak-kanak, syarikat pengeluar minuman terkemuka negara, Yeo's Hiap Seng telah memperkenalkan satu produk minuman air kotak bersaiz kecil khas untuk pengguna kanak-kanak (yang dah mula demand dah sekarang ni). Ini adalah produk minuman kotak bersaiz kecil pertama seumpamanya dipasarkan di Malaysia.

Air kotak Junior Juice mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 1992. Didatangkan dalam pek bersaiz 125 mL, ianya cukup muat dan mudah untuk dimasukkan ke dalam bekas makanan atau beg sekolah.  Saiz kotaknya yang comel juga memudahkan pek Junior Juice ini dipegang dengan tangan kanak-kanak yang bersaiz kecil. Kalau minum di sekolah pun boleh sorok-sorok, sebab takut kawan-kawan minta tumpang minum jugak...


Inilah dia produk minuman kotak Junior Juice. Rasa-rasanya anda pernah tak minum air kotak ni?

Junior Juice ini boleh didapati dalam dua perisa, iaitu campuran oren dan epal atau campuran pic dan epal. Harga di pasaran ketika itu ialah hanya 50 sen sahaja. OK lah untuk budak-budak. Ibu bapa juga merasa lega kerana tidak perlu membelikan air kotak bersaiz dewasa untuk anak-anak mereka yang selalu merengek nak minum air kotak, tapi tak larat nak habiskan.

Saya masih ingat lagi iklan Junior Juice ini ketika ditayangkan di kaca TV. Ada seekor anak beruang yang sedang kehausan mencari minuman di dalam peti ais dalam sebuah rumah manusia. Curi-curi masuk rumah orang lah ni. Pabila pintu peti ais dibuka, memang banyak air kotak di dalam, tetapi semuanya bersaiz besar, khas untuk orang dewasa...


"Besarnya, tak habis ni...", keluh anak beruang tersebut.

Tiba-tiba anak beruang itu terpandang satu air kotak Junior Juice, lalu cepat-cepat mengambil dan meminumnya...


"Waa wee! Junior Juice!", sorak anak beruang itu dalam keriangan. 


Beruang-beruang di dalam gambar ini bukannya nak cari air kotak, tapi ini dah sampai mencuri segala jenis makanan dalam rumah orang. Gambar hiasan semata-mata.

Saya tidak berapa pasti apa yang terjadi kepada produk Junior Juice ini. Rasanya memang sudah tiada dalam pasaran Malaysia. Namun begitu, ada banyak lagi syarikat pengeluar minuman yang memasarkan produk minuman bersaiz kecil untuk kanak-kanak.


Produk susu Dutch Lady "Kid" kini dipasarkan khas untuk kanak-kanak yang minum hanya sikit-sikit. Sumber gambar: sinarkebahagian.blogspot.com

4 ulasan:

Abu Aiman berkata...

betul tu tuan.

Secret Drifter berkata...

salam bro, YA ALLAH.. Junior Juice..

ingat lagi juice kecil ni.. masa tu duk bersaing dgn Ribena Oren (dulu Ribena ada oren gak)

selalu mak beli sbb ramai kanak2 kat rumah termasuk la anak saudara..

tu la saya pun terfikir, apa dah jadi dgn Junior Juice yg satu ketika mmg famous.. rasanya pun sedap sungguh compare dgn jenama lain di luar sana..

pasal air 250ml?? xsilap saya leh habiskannya (mungkin sbb masa kecil saya kuat makan dan minum)

'idun sa'idun berkata...

A'ah betul la.. Anak sy slalu x abis minum air kotak dia.. Tak dibeli, merengek2 nak jugak.. Tak bole tidak.. Dah dibeli, minumnya x abis.. Pastu bagi alasan perut dah kembong! hehehe :)

Yogi Marsahala berkata...

perkembangan jaman tentu berpengaruh pada bentuk dan rasa makanan dan minuman, kunjungan balasan ya ke blog saya www.goocap.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...