"Melangkah ke sekolah dengan penuh gaya..."
Kita masih lagi berada dalam "mood" kembali ke sekolah. Setelah puas melepaskan geram pada Tuan Pengetua H pada post blog yang lepas, kali ini saya akan bercerita tentang kasut sekolah yang saya pakai dari Darjah 1 hingga 5.
Kasut Bata "Badminton Master". Sumber gambar: http://mohdfitri.blogspot.com. Kasutnya belum dikeluarkan lagi dari kotaknya. Tunggu sekejap ya.... |
Dengan ini saya mempersembahkan kepada anda, kasut sekolah "Badminton Master" yang dikeluarkan oleh syarikat Bata. Saya tidak berapa pasti tahun awal pengeluaran kasut Badminton Master ini. Tahu-tahu, kasut pertama saya ketika hendak memulakan persekolahan rendah adalah kasut Badminton Master inilah. Semasa bersekolah tadika, saya memakai kasut jenama Pallas jenis "strap-on" atau dengan panggilan kampungnya kasut jenis "lekat-lekat". Pada mulanya, saya menghadapi sedikit masalah untuk mengikat tali kasut. Entah kenapa, sukar untuk saya melakukannya. Tetapi setelah diajar berulangkali oleh ibu saya, akhirnya berjaya juga.
Mengikut sumber dari http://mohdfitri.blogspot.com, harganya sekitar RM18.99 pada zaman era 1980-an. Walaupun ketika itu, syarikat Bata telah mengeluarkan pelbagai jenis kasut sekolah model baru seperti Bata "Sinaran" (yang ada pemantul cahaya tu..), kasut Badminton Master ini tetap menjadi pilihan ramai, kerana harganya yang murah. Ia diperbuat dari kanvas sepenuhnya berbanding dengan kasut Bata lain yang diperbuat daripada campuran kanvas, span dan plastik lembut.
Kasut Badminton Master yang telah dikeluarkan dari kotaknya. Dah tak sabar lagi nak memakainya. Sumber gambar: http://mohdfitri.blogspot.com |
Rekabentuknya yang simple memudahkan proses pembasuhan kasut yang selalu dilakukan pada hujung minggu atau sehari sebelum esoknya nak sekolah balik (kes bertangguhlah ni...). Tapi tidak apa. Harganya yang agak murah membolehkan sesetengah ibu-bapa membeli lebih dari 2 pasang kasut Badminton Master untuk setiap anak yang bersekolah. Ada spare satu lagi kalau tak sempat basuh. Kalau dua-dua pasang kasut tidak dibasuh, alamatnya pakai kasut kotorlah ke sekolah. Pengawas sekolah pun akan menjeling semacam sahaja pada anda kalau pakai kasut yang kotor.
Untuk mengelakkan dari cepat kotor, anda boleh menyapu kapur ke kasut. Nampak lebih putih berseri lagi suci. Tapi masalahnya, ia akan menarik perhatian ramai kawan-kawan anda untuk memijak kasut anda itu, samada sengaja atau buat-buat tidak sengaja. Kejadian ini selalu berlaku ketika berbaris untuk memasuki kelas. Kalau orang dah pijak kasut saya, saya biasanya akan balas balik. Tapi biasanya yang suka memijak kasut orang ni, kasut diorang sememangnya dah sedia kotor...Jadi, saya juga yang rugi akhirnya.
Dengan mengaplikasikan ciri-ciri Unisex, kasut Badminton Master ini sesuai untuk dipakai oleh semua golongan murid-murid, tidak kira lelaki atau perempuan. Malah, ada juga golongan guru wanita yang memakai kasut Badminton Master ini semasa mengajar di sekolah. Kalau tak percaya, sila lihat klip video di bawah.
Petikan dari filem Adik Manja. Adibah Amin melakonkan watak seorang guru yang memakai kasut Badminton Master.
Setelah melangkah dengan penuh gayanya ke sekolah dengan memakai kasut Badminton Master ini, barulah saya sedari bahawa terdapat dua jenis kasut Badminton Master ini rupanya. Ada yang mempunyai tapak getah berwarna hijau, dan ada yang berwarna merah (gambar di bawah).
Kasut Badminton Master bertapak getah warna hijau. Saya lebih suka yang ini kerana tampak lebih segar. Sumber gambar: http://mohdfitri.blogspot.com |
Kasut Badminton Master yang mempunyai tapak getah berwarna merah. Melalui pemerhatian saya dulu-dulu semasa bersekolah, kasut bertapak merah ini menjadi pilihan murid-murid yang sedikit berlagak atau "kerek". Mungkin mereka ini sentiasa berasa bagus dan berbangga setiapkali memakainya. Hek eleh.....Macam bagus. Sumber gambar: http://mohdfitri.blogspot.com |
Tak kiralah samada tapak warna merah atau hijau, ternyata pada suatu masa dulu, kasut Badminton Master inilah yang digunakan untuk ke sekolah mahupun untuk bersukan, terutamanya ketika bermain badminton atau sepak takraw. Pendek kata, kasut multi-purpose lah.
Saya tak tahu samada saya masih menyimpan lagi kasut Badminton Master ini di rumah saya di kampung. Rasanya dah reput kot dimamah usia. Jadi, untuk post kali ini saya mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Fitri Osman kerana mengizinkan saya menggunakan gambar kasut Badminton Master simpanan beliau. Pelbagai shot gambar kasut Badminton Master boleh dilihat dalam blog beliau. Link saya sertakan di sini: http://mohdfitri.blogspot.com/2009/06/kasut-bata-badminton-master-tapak-getah.html
hehe, antara yg aku ingat aku pernah pakai kasut pallas jazz, dan paling malas ialah weekend kena basuh dan kapurkan kasut ;)
BalasPadamterima kasih
PadamJazzy lah ni kalau pakai kasut pallas jazz. Cool memanjang mcm dlm iklan tu...
BalasPadamTengok post ko ni, teringat aku masa aku sekolah rendah dulu
BalasPadamteringat zaman sek.dolu2, ni la kasut aku, selagi tak bocor tapak tu....pakai jer la.....tahan wooo...
BalasPadamhaha teringat zaman kasut putih.. rindu sgt..
BalasPadamooo yea.. Adibah Amin pelakon eh???
saya xtau.. saya tau dia seorang penulis buku..
dulu saya ada beli buku dia yg tolong kita untuk master english !!!
mmg buku terbaik dari dia la !!!
Kadang-kadang Adibah Amin ada berlakon.
BalasPadamRasanya dia bekas Pengetua Sekolah Seri Putri dulu...
salam kenal syed,cerita pasal kapur kasut ada evolusi tentang kapur kasut ni.Saya pernah guna kapur kasut pepejal,bentuk bulat pipih setebal 1 inci diameter 2.5 inci.Nak guna celup air sikit dan tonyoh kat kasut,itu pada akhir 70an.kalau tak silap cap bintang.Masuk pertengahan 80an guna kapur kasut cecair gosok pakai span.
BalasPadamnikths,
BalasPadamNanti saya akan buat research dulu..saya dulu biasa guna cap Burung Kiwi..
Ni la antara kasut sekolah yang saya pakai masa belajar dahulu. Satu lagi kasut Aliph.
BalasPadamaku ingat aku pakai kasut Wira... kotak hijau... tapak getah, ada yg tapak dia warna hijau, ada yg warna putih tapak dia.. itu yg termampu abah belikan dulu...:)
BalasPadamAda lagi dijual kasut ni sekarang.
BalasPadamDulu beli rm9.90 sepasang....
BalasPadamAs-salam,
BalasPadamGoing down a memory lane, today. Stumble upon your blog, voila! Great writing, detailed. I couldn't remember as much as you do. But brilliant all the same.
Oh... kasut sekolah ya... saya pakai BM2000 dan Sinaran. Tebal yg tu susah nk kering. Kalau hujan kena letak belakang peti ais nk bg kering lol.
Saya suka kasut Aliph, tapi x penah ada sepasang pon. Abang saya ja insan bertuah yang dpt pakai kasut Aliph. Alih2 la ni budak2 pakai balik kasut pesen tu. Dasat...
Takmau update ka your blog ni? I like, super duper like, esp. on old school stuff tak kisah la barang ka, cerita ka. We're blessed to be born during those golden days. Kenangan paling indah!
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H =)
Ada lg kasut power.. Kasut penguin.. Wohoo.. Org nyekik je pkai kasut tu.. Hahaha aku tetap dgn pallas jazz..
BalasPadamAda jual ke kasut tu
BalasPadam