08 Mac 2011

Setem sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun 1975

Pada hari ini, 8 Mac 2011 genaplah 100 tahun ulangtahun sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Hari istimewa ini sebenarnya pertama kali disambut pada 19 Mac 1911 di negara Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland. Idea mengadakan sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini dicetuskan pada tahun 1910 dalam satu mesyuarat Petubuhan Sosial Antarabangsa. Hasilnya, sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini telah disambut dengan meriah setahun kemudiannya oleh kira-kira 1 juta wanita, bersama-sama dengan kaum lelaki. 

Ketika sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang ke-64 dalam tahun 1975, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 8 Mac pada setiap tahun sebagai tarikh rasmi sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun ketika itu cukup mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan negara. Isu-isu berkaitan dengan kebajikan kaum wanita semakin mendapat tempat di hati para pemimpin negara untuk diperjuangkan. Penyertaan wanita secara aktif dalam sektor pekerjaan ketika itu amatlah digalakkan.

Sebagai tanda menghargai wanita, Pos Malaysia ketika itu telah mengeluarkan satu setem kenang-kenangan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 1975. 




Setem ini diperolehi dari koleksi peribadi ibu saya. Dijual di pejabat-pejabat pos seluruh negara ketika itu, setem berharga 15 sen ini merupakan salah satu setem yang paling menarik pernah dikeluarkan oleh Pos Malaysia. Mungkin kerana warnanya yang pink menyebabkan setem ini kelihatan begitu feminin sekali, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita tanpa mengira peringkat usia. Sememangnya hidup kita tidak lepas dari dikelilingi oleh wanita-wanita yang berjasa kepada kita, bermula sejak kita lahir ke dunia hinggalah kita meninggalkan dunia.

"Wanita, engkaulah racun, engkaulah penawar...."

Untuk semua wanita di Malaysia, saya tujukan khas lagu berjudul "Perempuan" dendangan Ito dari kumpulan Blues Gang untuk tatapan dan renungan anda semua...




Ramai yang bertanyakan kepada saya, "Kenapa tidak diadakan Hari Lelaki?"

Saya jawab, "Hari Lelaki tidak pernah ada kerana lelaki selalu berkorban untuk wanita".

Mereka bertanya lagi, "Berkorban macam mana dan sebanyak mana pengorbanan lelaki terhadap wanita?"

Saya jawab lagi, "Lelaki telah berkorban sejak zaman awal kewujudan manusia lagi di mana Adam telah mengorbankan sebatang tulang rusuknya untuk diberikan kepada Hawa...".



17 ulasan:

  1. terima kasih utk ucapan & lagu tu :)

    BalasPadam
  2. Ok..terima kasih ye fairus..:)
    Kirim salam kat mak..hehe..

    BalasPadam
  3. lelaki berkorban sejak awal kewujudan dgn memberi tulang rusuk kpd wanita...
    sempoi ayat tu..

    BalasPadam
  4. alololo.. so sweettt... =) thanks ya

    BalasPadam
  5. terima kasih semua kerana sudi melawat dan meninggalkan komen anda..

    Eh, ada sesiapa nak beli setem tu ke?

    BalasPadam
  6. menarik..best artikel ni..berinformasi...

    BalasPadam
  7. time kaseh. nice entry. >,<

    BalasPadam
  8. setem tu....

    kalau jual mahal tu... ekekeke

    BalasPadam
  9. Thanks for da wish ^_^

    Hubby saya pon tanye tak der ker hari utk lelaki, bley saya tiru jawapan nih.

    BalasPadam
  10. Islam telah lama dulu memartabatkan wanita compared to the westerners...

    :: nak pos surat dah mahal sekarang, 60 sen sepucuk surat.

    BalasPadam
  11. Terima kasih semua kerana sudi berikan komen

    Pendekar kuda berminat nak beli setem ni ke?

    Azdie: Ini sebenarnya surat dari ayah aku ke mak aku time dulu-dulu. Tengok tu, siap ada cop "GRIK" lagi. Surat dari hutan le tu...

    BalasPadam
  12. 1. boleh tak disable left klik? fungsi tu annoying.

    2. boleh buat entri kedai Pernas? Penah dengar nama kedai tu tapi takda sekarang. maybe dah lama kedai tu. tapi masa kecik dulu rasa macam rajin dengar,

    BalasPadam
  13. 1. boleh tak disable left klik? fungsi tu annoying.

    2. boleh buat entri kedai Pernas? Penah dengar nama kedai tu tapi takda sekarang. maybe dah lama kedai tu. tapi masa kecik dulu rasa macam rajin dengar,

    BalasPadam