14 Disember 2010

Tuala wanita Sanita

Kali ini saya ingin memperkenalkan anda dengan Sanita, jenama tuala wanita yang cukup popular dan menjadi pilihan majoriti kaum wanita sekitar tahun 1970 hingga pertengahan 1990-an. Perkataan "wanita" dan "Sanita" tidak dapat dipisahkan. Itu yang kadang-kadang sampai tersasul mulut hendak menyebutnya; "Tuala Sanita wanita" (sepatutnya "Tuala wanita Sanita"). Sekarang jenama Sanita ini sudah pupus dari muka bumi pasaran tempatan. 

Tuala wanita Sanita. Ini adalah pek promosi dengan bonus tambahan ekstra 20%  (maksudnya  bilangan tuala wanita di dalam pek tersebut lebih dari pek biasa atau pek yang tiada promosi)



Ibu saya merupakan pelanggan tetap tuala wanita Sanita. Biasanya tuala Sanita ini dibeli ibu saya di kedai-kedai runcit, terutamanya ketika tiba waktu kecemasan. Nak pergi membeli di Supermarket, agak jauh di bandar dan takut tak sempat. Biasanya bila tiba waktu kritikal, saya merupakan satu-satunya individu di rumah kami yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan bekalan. Pelik sungguh saya rasa ketika itu. Kenapa ibu tak suruh saja ayah saya yang pergi beli? Kan senang...

Dan saya bertambah pelik apabila setiap kali saya membeli pek tuala wanita ini, juruwang kedai runcit tersebut mesti membalut pek atau kotak tuala wanita tersebut. Kenapa nak kena balut dengan kertas surat khabar? Kadang-kadang saya lihat pakcik kedai tu membalut kotak tuala wanita tersebut dengan begitu bersungguh-sungguh, sehinggakan tiada ruang sedikitpun yang terbuka mahupun terdedah. Mengapa identiti pek tuala wanita itu perlu sangat dirahsiakan. Apa yang nak dimalukan sangat?

Pada masa tersebut, kebanyakkan kaum wanita tidak menggunakan perkataan "tuala wanita" atau "Pad" ketika hendak membeli produk tersebut di kedai. Mereka selalu menggunakan perkataan "Modes". Tak moden langsung bunyinya perkataan "Modes" tu. Pelik betul lah kalau difikirkan tentang tuala wanita ni semasa saya masih kanak-kanak.

Sepanjang perjalanan saya pulang dari kedai membeli "Modes", sambil berjalan saya pun sempat juga membaca isi kandungan berita yang tertera pada muka kertas surat khabar yang membaluti kotak tuala wanita tersebut. Ada juga hikmahnya kotak tuala wanita ini dibalut dengan kertas surat khabar. 

Paling lucu sekali bila satu hari saya dapati pada muka kertas surat khabar tersebut terpampang iklan tuala wanita jenama yang sama. Mesti pakcik kedai tadi tak perasan masa bungkus tadi.... 


12 ulasan:

  1. sampai sekarang masih ada kedai yang bungkus modes.

    BalasPadam
  2. Kalau bungkus pakai kertas pembalut hadiah, agaknya harga modes tu akan naik kot...

    BalasPadam
  3. sekarang dah ada packaging baru kn?

    BalasPadam
  4. Iye ke? Rasa macam tak pernah nampak dah? Kalau masih, mereka dok pakai kertas suratkhabar lagi ke?

    BalasPadam
  5. teringat masa dulu2...masa ikut ayah gi beli modes for mum, mesti mintakkan ayah belikan kami coklat "kandos"...

    Hope to see your next entry about the choc!

    BalasPadam
  6. Enis, kalau nak makan coklat Kandos yang pembalut dia ada gambar suasana kartu tu, bole beli kat kedai borong depan The Store Semenyih. Tak pupus lagi...

    BalasPadam
  7. As far as I know, Modes was the brand of the pads.

    BalasPadam
  8. Nava.K,

    Really? I need to ask my mom again...

    BalasPadam
  9. hehe...betul2,teringat masa kecik2 dulu nampak sanita ni yg mak punya...sampai skrg pun mak panggil modes.

    BalasPadam
  10. Modes tu asal perkataan Modest...satu jenama tuala wanita yang lain.

    BalasPadam
  11. Modes itu adalah singkatan nama Modest, satu jenama tuala wanita yang lain.

    BalasPadam
  12. bukan roti kering ker????

    BalasPadam