22 Februari 2011

Minuman berkarbonat SUDI

Hari ini genap 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, penyanyi tanahair yang masih belum ada galang-gantinya sehingga kini. Sejarah Sudirman tidak perlu saya ceritakan lagi kerana hampir seluruh rakyat Malaysia mengetahui tentang kejayaan beliau sebagai penghibur serba-boleh yang berjaya mengangkat martabat Malaysia di persada antarabangsa.

Peristiwa kejayaan Sudirman masih kekal di ingatan setiap rakyat Malaysia. Lagunya masih rancak berkumandang di radio, wajahnya terpampang di risalah-risalah perlancongan negara dan video klip nyanyian beliau boleh ditonton seberapa banyak kali yang anda mahu di laman web You Tube.

Tetapi ada satu hasil tangan Sudirman yang tidak lagi boleh didapati sekarang. Masihkah anda ingat bahawa Sudirman pernah mengeluarkan produk minuman berkarbonatnya (soft drink) sendiri? Produk minuman tersebut dijenamakan dengan nama "SUDI".



Allahyarham Sudirman ketika memperkenalkan produk minuman SUDI. Slogan yang digunakan  untuk mempromosikan minuman ini adalah "Sudi-sudikanlah...". Sumber gambar: http://ramlan1984.blogspot.com/

Pada tahun 1989 (kalau tak silap saya), Sudirman telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaannya sendiri iaitu Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal berjumlah RM3 juta. Salah satu produk utama keluaran syarikat ini adalah minuman berkarbonat SUDI inilah.

Minuman tin SUDI ini dipasarkan dalam empat jenis perisa iaitu Oren, Kola, Lemonade dan Isotonik. Harganya lebih kurang sama dengan hargan minuman berkarbonat tin yang lain. Semasa pertama kali dilancarkan, minuman SUDI mendapat sambutan yang cukup menghangatkan sehingga ia begitu cepat habis dijual di kedai-kedai runcit.


Minuman SUDI berperisa oren. Rasanya gambar wajah Sudirman pada tin tersebut adalah gambar yang diambil ketika beliau merangkul gelaran Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards di Royal Albert Hall, London. Sumber gambar: http://ramlan1984.blogspot.com/

Ini pula minuman SUDI berperisa kola. Rasanya lebih kurang sama seperti Coca-cola dan Pepsi. Sumber gambar:  http://ramlan1984.blogspot.com/

Pada tangan Sudirman itu ialah minuman SUDI berperisa Lemonade. Antara ketiga-tiga perisa, SUDI berperisa lemonade inilah yang paling saya suka dan paling kerap saya beli. Rasanya saling tak tumpah seperti minuman 7Up atau Sprite. Sumber gambar: http://ramlan1984.blogspot.com/

Saya masih ingat lagi betapa gembiranya saya ketika pertama kali membeli minuman SUDI ini di sebuah kedai Jimat Pernas di kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Masa mula-mula beli dulu, ramai yang berebut-rebut nak ambil minuman SUDI ini dari peti sejuk kedai sehinggakan tuan punya kedai terpaksa menghadkan seorang pembeli hanya boleh beli satu tin sahaja.


Jika anda lihat gambar di atas dengan teliti, anda dapat lihat ada satu tin minuman SUDI yang berwarna perak (silver) berjalur biru. Yang itulah SUDI berperisa isotonik. Rasanya sama seperti minuman 100 Plus yang ada sekarang. Tetapi entah mengapa perisa isotonik ini kurang dipasarkan berbanding perisa-perisa yang lain. Sumber gambar: http://ramlan1984.blogspot.com/

Ada juga pembeli yang saya lihat menyanyi lagu Sudirman ketika hendak membuka penutup tin minuman SUDI ini. Agaknya beliau betul-betul peminat setia Sudirman. Saya banyak kali juga beli minuman SUDI ini tapi tidak pernah teringat untuk menyimpan tin minumannya. Semuanya saya kumpul dan jual untuk program kitar semula.

Sebagai menghargai jasa peminatnya yang memberi sokongan dengan membeli minuman SUDI, Sudirman telah mengadakan konsert percuma beliau di Tapak Ekspo Ayer Keroh, Melaka pada 9 Mac 1991. Perbelanjaan konsert ditaja sepenuhnya oleh syarikat SUDI Sdn Bhd.

34 ulasan:

  1. erm...kalau la masih ada zaman skang...:D

    (dtg dr syoknyerBlogging)

    BalasPadam
  2. macam sedap..tapi tak pernah rasa pon..

    BalasPadam
  3. yang tinggal hanya kenangan dan masih tiada yang setanding arwah... al fatihah...

    apepun kalau la nampak tin minuman SUDI ni...mesti jasi rebutan ramai....hihihi

    BalasPadam
  4. Bro, kali pertama aku minum air tin Sudi ni masa aku duk di Kuala Ibai, tapi beli kat kedai runcit 'Hanefar's' sebelah kedai nasi ayam tersohor 'Nurul Iman' kat area Batu Buruk.. Tengok tin Sudi, teringat kenangan membesar di Terengganu tahun 80an dulu..

    BalasPadam
  5. Lupa nak cakap, tahun 85 first time aku merasa air tin Sudi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. NAMPAK NA BOHONGNYA AIR NI KLUAR TAHUN 1989 LA BANGANG.BUKN THUN 1985

      Padam
    2. Kau lagi bangang,orang tak tahu atau terlupa kau bagi lah pendapat elok,tapi macam kau ni tak payah hormat keturunan bangsat..hahaha,apa rasa?

      Padam
  6. sayang, arwah mmg seorang yg bijak !!!

    he even open is own business !! dan la charitable sampai buat concert free !!

    artis sekarang mana ade..
    *sorry k

    maybe saya pernah atau xpernah rasa air tin minuman arwah sudirman..
    *sbb masa tu kecil sgt

    saya dgr org kata air tin ini telah mengalahkan jenama lain masa tu??? xtau betul ke x??

    BalasPadam
  7. Ayung, dah takde lagi dah. Syarikat tu pun dah ditutup pada tahun 1992 selepas Sudirman meninggal.

    BalasPadam
  8. Warna-warni kehidupan,

    Rasa sedap macam soft drink yg ada sekarang.

    Jadi, bole pegi beli air tin perisa cola, oren, 7up dan 100 plus utk dapatkan rasa yg sama.

    BalasPadam
  9. Nitestalker,

    Rasanya mesti ada peminat yg simpan Tin SUDI ni lagi...

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Saya ada simpan proposal sudirman ....

      Padam
  11. MgtBobber,

    Rasanya tahun 1985 takde lagi produk SUDI ni. SUDI start keluar selepas tahun 1989. Buktinya gambar kat tin tu sebenarnya adalah gambar wajah Sudirman ketika menang anugerah Penghibur terbaik Asia pada tahun 1989.

    Jadi, mestilah air SUDI tu dikeluarkan selepas tahun tersebut...

    BalasPadam
  12. Secret Drifter,

    Tak lah sampai mengalahkan jenama lain seperti Coke dan 7Up.

    Tapi, utk satu produk yg baru diperkenalkan di pasaran, memang jualannya amat memberangsangkan...

    BalasPadam
  13. Syed Fairus.. aku ingat tahun 85 sebab masa tu bapak aku beli air tin ni banyak-banyak sebab letih mengemas rumah kita orang yang baru siap waktu tu, masa tu aku baru darjah lima, 11 tahun,1985..

    BalasPadam
  14. MgtBobber,

    Biar betul beb. Syarikat SUDI itupun ditubuhkan pada lewat 1989.

    Cuba tengok keratan majalah URTV kat link ni:
    http://2.bp.blogspot.com/_40Mm8zV3E1Q/TVN0q0NHwNI/AAAAAAAAAXY/R89d-7IOwIo/s1600/Sudi.JPG

    BalasPadam
  15. takut URTV salah type kot...

    anyway pasal saya kata kalahkan jenama lain sbb dulu pakcik saya ada cite dia kata.. org lebih prefer brand SUDI dari jenama lain..

    cerita dari pakcik saya la..

    tapi bagaimana syarikat tu tutup?? katanya sbb satu fitnah menyebabkan tutup??

    nak tau gak?? sbb kalau mcm US kalau jenama termuka dia dah xde 20 atau 50 tahun dulu mereka nanti buat tribute n limited edition.

    BalasPadam
  16. Hari Ahad minggu lepas saya tengok dokumentari tentang Sudirman dalam History Channel Astro 555. Dalam tu kata Sudirman buka syarikat dan kenalkan produk beliau bermula pada akhir tahun 1989 lepas pulanbg dari London selepas rangkul Award Pengibur Terbaik ASIA tu...

    BalasPadam
  17. Syed Fairus.. Alamak ye ke?? aku ke yang dah lupa..?? tapi mati-mati aku ingat memang tahun 85.. uhuk!!

    BalasPadam
  18. maaf, sdr Fairuz, bukan arwahyarham tetapi ALLAHYARHAM. Sekadar membetulkan.
    wassalam

    BalasPadam
  19. He..he.. betul tu, tersilap eja masa tengah tulis blog lah ni. Terima kasih di atas teguran anda...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum,
    Saya pun ada revie pasal penyanyi pooooojaan ramai ni tapi tertanya-tanya tehtang status SUDI ni. terjawablah sudah di blog ni. Terima kasih ya ;)

    BalasPadam
  21. syabaslah tuan tanah. berinformasi sungguh. saya sempat merasa minuman2 ini dan rasa bangga sungguh pasal jenama SUDI mmg hot masa tuh. sedap pun yea gaks...

    BalasPadam
  22. Yang saya ingat...rasa lemonade tu lebih dekat sangat kepada rasa minuman kickapoo...cuma bezanya ialah air minuman lemonade SUDI kurang bergas berbanding kickapoo...dia lebih banyak air berbanding gas..sebab tu ianya sedap hehehe :)

    BalasPadam
  23. Masa kecil dulu selalu minum.selalu cari tandatangan sudirman dengan singkatan DIR Kat tin tersebut..wow..kenangan lama

    BalasPadam
  24. mmg sedap air cola sudi ni. masa tu sy masih tadika. harap zaman skrg ni mna2 syrt melayu bole keluarkn lg

    BalasPadam
  25. Rindu zaman 80 an. Hidup sederhana tapi penuh nostalgia dan kenangan.Bila dengar lagu sudirman "Balik Kampung", memang meriah nak beraya di kampung. Teringat atuk dan nenek. Sekarang semua sudah tiada. *_*

    BalasPadam
  26. Dr Syed dah tak menulis dah ke.....lama saya follow dr ni

    BalasPadam
  27. 1/11/2021. asslamualaikum semua... best baca blog ni. dah tak aktif ke dr syed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah hutang....kos pengeluaran besar termasuk tajaan tidak cukup modal..

      Padam
  28. Kicap sudi macam mana pulak.. milik Allahyarham jugak ke?

    BalasPadam