24 Februari 2011

Papan batu: iPad zaman dahulu

Tidak semua mesyuarat yang saya hadiri adalah penting dan berkaitan secara langsung dengan kerja hakiki saya. Tidak semua yang diperkatakan oleh Pengerusi mesyuarat tersebut benar-benar penting. Kadangkala sesetengah perkara diulang-diulang beruang kali entah sampai berapa kali entah dalam mesyuarat sehingga menimbulkan rasa mual di dalam kotak pemikiran.

Setiap kali perkara di atas berulang, saya berbisik kepada diri sendiri, "Alangkah bagusnya jika saya mempunyai sebuah komputer tablet, seperti iPad. Sekurang-kurangnya jika sudah bosan mendengar ucapan yang lebih mirip kepada celoteh, boleh juga saya melayari internet. Boleh juga membaca berita online, melayani kerenah Facebook dan update blog.


Bilalah agaknya iPad 2 akan berada di pasaran tempatan?

Pakai laptop atau netbook? Sudah tentu tidak boleh. Bayangkan apa yang terjadi sekiranya gelagat anda melayari internet dengan netbook diperhatikan oleh individu-individu yang duduk bersebelahan dengan anda? Lebih teruk lagi jika Pengerusi mesyuarat terlihat anda sibuk tunduk memandang skrin netbook, sedangkan mata anda sepatutnya merenung ke arah matanya.


Walau sekecil dan senipis mana pun netbook anda, pasti ianya akan menarik perhatian individu-individu lain yang turut sama berkongsi rasa bosan ketika menghadiri mesyuarat atau perhimpunan. Bila sudah jadi tumpuan, maka peluang anda untuk terkantoi adalah lebih cerah. Gambar hiasan semata-mata. Sumber: forum.jomlinux.com
 
Itulah kekurangannya sebuah netbook atau laptop. Terlalu obvious bila digunakan untuk tujuan di atas. Jika anda menggunakan iPad, kebarangkalian untuk terkantoi adalah amat rendah. Lihat sajalah rekabentuk iPad, saling tak tumpah seperti sekeping buku nipis. Tiada siapa yang akan terperasan akan gerakan jari-jemari halus anda menyusuri skrin sesentuh iPad tersebut ketika asyik melayari internet. Tapi, sesekali kena pandai cover juga...

Jika anda menggunakan casing khas (berbentuk seperti fail atau management folder) untuk iPad seperti gambar di atas, tiada siapa yang akan perasan anda sedang bermain dengan iPad anda. Bahkan individu di sekeliling anda akan menyangkakan bahawa anda sedang khusyuk menumpukan perhatian dalam mesyuarat sambil mencatatkan nota-nota penting. Sumber gambar: gadgetsin.com

Setiap kali terpandang atau terfikirkan iPad, saya sering teringatkan satu alat pembelajaran di sekolah yang mirip kepada iPad tapi sama sekali tidak serupa. Bahkan saya rasa, idea menghasilkan iPad mungkin dicetuskan oleh kewujudan alat ini.


Inilah dia iPad zaman dahulukala. Anda pernah tengok tak "iPad" ini? Sumber gambar: http://tokpengulu.blogspot.com/

Inilah dia "Papan Batu" atau juga dikenali sebagai "Papan Selisih". Diperbuat dari kepingan kayu sebagai bingkai dan permukaan lepaan batu sebagai medium tempat tulis (skrin), papan batu ini digunakan secara meluas oleh murid-murid sekolah seawal tahun 1940-an. Papan batu ini berfungsi sebagai medium untuk menulis dan menyalin nota ketika belajar. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah "salin dan hafal". Mula-mula, murid akan menulis di permukaan papan batu tentang apa yang diajar oleh guru, kemudian cuba untuk menghafalnya sebelum tulisan itu dipadam. Perkara yang sama diulang beberapa kali setiap kali ada ilmu pelajaran yang baru.

Sejenis pensil yang diperbuat dari batu digunakan sebagai alat untuk menulis di papan batu. Pensil ini dikenali sebagai "kalam batu". Jika menulis setiap hari, kalam ini boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan sebelum ia menjadi sangat pendek sehingga tidak boleh dipegang dengan tangan lagi.


Kalam batu biasanya dijual bersama-sama dengan papan batu. Kalau nak beli kemudian, harganya lebih mahal sikit. Mengikut apa yang diceritakan oleh arwah nenek saya, dua batang kalam ini dijual pada harga 5 sen sahaja. Kalam ini bolehlah dianggap seperti "stylus" pakai-buang. Sumber gambar: http://tokpengulu.blogspot.com/
   
Untuk memadam tulisan di papan batu, boleh gunakan kain yang dibasahkan dengan sedikit air. Pemadam duster ketika itu bukan mudah untuk didapati seperti sekarang.

7 ulasan:

  1. ooo benda ni pernah lihat di sekolah dulu dan beberapa kedai menjualnya sebelum pupus...

    mmg benda ni terbaik also lepas keluarnya kapur.. mula la papan hitam kecil...

    sekarang lak dah jadi whiteboard nipis... saya masih guna sbb takut kalau benda mcm ipad rosak susah.. also harga ipad mahal, baik saya beli benda mcm whiteboard kecil atau papan batu !!

    oooo cakap pasal benda lama yg masih digunakan... sampai hari ni angkasawan Russia mengunakan pencil di angkasa daripada pen anti-gravity yg mahal dicipta dari NASA

    BalasPadam
  2. perkongsian menarik baru tau ada produk tue dulu...maybe apple aplikasikn dlm bentuk teknologi baru....nice posting....

    BalasPadam
  3. Secret Drifter, awak selalu ke bawa papan batu kecik tu ke mana-mana?

    BalasPadam
  4. Amy, terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen...

    BalasPadam
  5. sgt menarik entri ni.. org2 skrang bknnya tau sgt dah pasal papan batu ni..huhuhu

    BalasPadam
  6. saya dah zaman papan putih... kalau ada papan hitam atau papan batu mesti mak xbagi sbb kotor..

    xsgt bawa ke mana2

    BalasPadam
  7. Saya nak jual tp patah 0124166706

    BalasPadam