14 Disember 2010

Minyak Limpa Ikan Haliborange








Cuba anda teka, apakah produk barangan yang ditunjukkan oleh gambar di sebelah? Ada seekor ikan berbibir merah tebal lagi seksi seperti Angelina Jolie.    Berdiri di sisinya pula terdapat sebiji buah oren kecil yang sedang tersenyum riang.

Jawapannya ialah: Minyak Limpa Ikan Haliborange. Seangkatan dengan Scott's Emulsion, Haliborange cukup terkenal pada akhir 1970-an hingga lenyap dari pasaran tempatan sekitar tahun 1992. Saya tidak berapa pasti samada Haliborange atau Scott's Emulsion yang terlebih dahulu sampai ke pasaran Malaysia. Tetapi Scott's Emulsion masih bertahan sehingga kini.

Haliborange bersaiz 250 mL.

Jika dibuat perbandingan, ramai kanak-kanak yang lebih menyukai Haliborange dari Scott's Emulsion. Mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap, ditambah pula dengan perisa pati perahan buah oren. Jadi, bau hanyir ikan yang kurang digemari sepertimana yang terdapat pada Scott's Emulsion dapat dikurangkan dengan signifikan dengan adanya perisa pati oren. Pada masa itu, hanya terdapat satu jenis sahaja minyak ikan Scott's Emulsion, iaitu yang asli tanpa sebarang campuran pati buah. Sekarang Scott's Emulsion sudah ada dalam bentuk campuran buahan seperti oren dan blackcurrent. Dalam bentuk tablet pun dah ada, khusus untuk kanak-kanak yang malas hendak menggunakan sudu untuk menikmati minyak ikan. Kaum ibu juga turut menikmati faedahnya kerana tak perlu membasuh banyak sudu...

Pesaing hebat Haliborange; Scott's Emulsion. Masih bertahan sehingga kini. Bukan sahaja oren, kalsium pun dicampurkannya sekali.

Kanak-kanak zaman itu juga memilih Haliborange kerana setiap kali menonton kaca TV, agak kerap juga muncul iklan Haliborange yang memaparkan seorang ibu menyuapkan Haliborange kepada dua orang anak lelakinya yang sedang belajar taekwando (sparing bergaduh adik-beradik kot). Watak ibu dilakonkan oleh seniwati Dian P. Ramlee. Petikan iklan didapati dari fail Youtube Abang Cantik.


Sebenarnya, Haliborange masih lagi dipasarkan di negara luar, khususnya di benua Eropah. Dekat Malaysia sahaja yang tidak ada. Bagaimana pula dengan negara jiran?
 



















2 ulasan:

  1. Salam,

    Masuk sini sbb nak carik gmbr Haliborange. Tak sngka jumpa gamba kat sini. Sukkaaa..

    Sbb kekecik dulu mmg makan haliborange ni selain dari Scott Emulsion. Huhu

    BalasPadam
  2. jumpa jgk jenama haliborange ni..dulu masa kecik2 suka mkn haliborange..sbb scott emulsion masa tu ada perisa asli jek..bau ikan tu yg buat kami susah nk telan.. t.kasih t.t.. dpt jgk mengimbau kenangan zaman 80an zaman kanak2 dulu2..

    BalasPadam