03 Januari 2011

Sikap Pengetua Sekolah yang membazirkan duit ibu-bapa

Saya terbaca satu artikel dari laman blog syedsoutsidethebox.blogspot.com/ yang menceritakan tentang bagaimana ibu bapa terpaksa menghabiskan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sekolah yang sepatutnya tidak harus dibeli berulang kali, setiap kali bermulanya sesi persekolahan yang baru.

Kelengkapan seperti baju dan seluar sukan (track bottom), sticker, lencana dan cadar bukannya perlu ditukar setiap tahun, apatah lagi sekiranya kelengkapan di atas masih elok dan boleh dipakai. Tetapi pihak sekolah nampaknya mewajibkan setiap pelajar untuk membelinya, dengan harga tertentu yang arasnya entah ditentukan oleh pihak mana, saya pun tidak tahu. Jadi, berapakah jumlah wang yang perlu dikeluarkan oleh ibu-bapa untuk setiap anak mereka yang memulakan persekolahan?


Selain dari pelbagai kelengkapan sekolah yang memang wajar ditukar setiap tahun kerana sudah tidak boleh digunakan lagi atau pakai buang (seperti gambar di atas), bermacam-macam lagi kelengkapan "mengarut" yang perlu dibeli oleh ibu-bapa untuk memenuhi tuntutan pihak sekolah.
Gambar hiasan dari sumber: rinnamanja.blogspot.com

Walaupun masih bujang, belum berkahwin dan mempunyai anak, saya sebenarnya sudah lama memendam rasa dan bengang dengan pelbagai tuntutan pihak sekolah, setiap kali sesi persekolahan bermula. Apa rasionalnya pihak sekolah mewajibkan pelajar untuk membeli kelengkapan-kelengkapan yang bukan-bukan? Pihak sekolah patut sedar yang saban tahun, ibu-bapa menghabiskan begitu banyak wang untuk menguruskan itu dan ini, untuk menyekolahkan anak-anak mereka.

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada dalam Tingkatan 1 di sekolah menengah, tempat saya menuntut ilmu dari Tingkatan 1 hingga 5. Untuk makluman pembaca blog sekelian, saya memang banyak kali tidak bersetuju dengan guru-guru di sana kerana tidak puas hati dengan beberapa peraturan sekolah yang tidak boleh diterima pakai dan dibuat hanya untuk memenuhi kehendak peribadi beberapa orang tenaga pengajar.

Sewaktu perhimpunan sekolah, saya (dan murid-murid lain) diperkenalkan kepada Pengetua "H" yang baru dilantik sebagai Pengetua di sekolah kami. Alangkah terkejutnya saya apabila Pengetua H ini memperkenalkan peraturan baru di mana setiap murid lelaki hanya dibenarkan memakai baju berlengan pendek. Baju lengan panjang tidak dibenarkan (kecuali Pengawas).


Tuan Pengetua "H" dengan eksennya mengumumkan peraturan baru "Dilarang memakai baju lengan panjang" ketika perhimpunan sekolah seperti gambar di atas. Gambar hiasan dan tiada kena mengena dengan perhimpunan di sekolah tempat saya belajar dahului. Sumber gambar: dlela.edu.my


Apa logiknya perlaksanaan peraturan tersebut? Pengetua H mengatakan ianya perlu dilaksanakan untuk memastikan keseragaman di sekolah. Sesi persekolahan baru saja bermula, dan saya sedar ayah saya membelanjakan sejumlah wang unttuk membeli baju sekolah saya yang berlengan panjang. Saya memang memilih baju lengan panjang kerana saya tidak mahu lengan saya gelap sekerat dimamah mentari ketika menunggang basikal pergi dan pulang dari sekolah. Sesiapa yang tunggang basikal dulu-dulu ke sekolah mesti faham dan dapat merasai keperitan cahaya matahari memamah kulit tangan yang memegang "handle" basikal....


Keperitan kulit dimamah terik mentari khususnya di bahagian atas lengan ketika menunggang basikal dapat dikurangkan sekiranya memakai baju sekolah lengan panjang. Takkan nak pakai jaket kot? Lagi panas lah...Kalau naik motorsikal lain cerita, angin bertiup kencang ketika menunggang. Sumber gambar: Era.fm


Takkanlah saya kena beli baju sekolah yang BARU, atau dengan lebih tepat lagi; baju sekolah BARU berlengan pendek? Kena beli BARU sebab semata-mata hendak mengikuti peraturan BARU yang dicipta oleh Tuan Pengetua sekolah yang BARU dilantik?

"Bagi murid-murid yang memakai baju berlengan panjang, jika tidak mahu menukar ke baju lengan pendek, anda boleh menggunting lengan baju lengan panjang yang anda sedang pakai sekarang. Jadi, anda semua tidak rugi",  ucap Pengetua H lagi.

Agaknya Pengetua H tidak pernah mencuci atau menjemur atau menggosok baju lengan panjang yang dipakai setiap hari untuk bertugas. Sebab itu beliau tidak pernah perasan yang potongan lengan baju berbeza di antara baju lengan pendek dan baju lengan panjang. Potongan lengan pada baju "lengan panjang" adalah berbentuk lonjong dan membesar di bahagian lengan. Potongan lengan pada baju "lengan pendek" berbentuk lurus dan agak mengecil di bahagian bawah. Kalau tak percaya, cuba anda balik rumah dan bandingan corak potongannya.


Baju uniform sekolah lengan pendek. Sila lihat pada bahagian bulatan yang menunjukkan potongan lengan baju. Sumber gambar: http://eshop.canggih.com.my

Baju uniform sekolah lengan panjang. Sekali lagi cuba anda lihat pada bahagian bulatan yang menunjukkan potongan lengan baju yang berbeza dari potongan baju lengan pendek. Bahagian tersebut akan menguncup sekiranya dipotong. Sumber gambar:  http://eshop.canggih.com.my


Apa akan jadi pada lengan baju "lengan panjang" sekiranya ia digunting? Emak saya bukanlah seorang tukang jahit, tapi emak saya tahu, BURUK RUPANYA kalau baju lengan panjang digunting atau dimodifasikan untuk dijadikan baju lengan pendek. Bahagian lengan yang tertinggal setelah dipotong akan menguncup. Kalau anda tak percaya juga, cubalah anda buat langkah-langkah di atas terhadap mana-mana baju lengan panjang anda. Tapi jangan tuntut ganti rugi dari saya.

"Sekiranya ada murid-murid yang enggan menggunting baju lengan panjang mereka, saya sendiri yang akan menggunting lengan baju kamu. Saya akan bawa gunting ke mana-mana sahaja sewaktu meronda di sekolah", tegas Pengetua H lagi.



Pada pendapat anda, gunting bersaiz mana yang dapat dimuatkan ke dalam poket seluar Tuan Pengetua H? Saiz gunting penting agar Pengetua H berasa selesa setiap kali berjalan dan khususnya duduk kerana dikhuatiri gunting yang tidak bertepatan saiznya boleh melukakan badan Pengetua H itu sendiri. Sumber gambar: monicaelny.blogspot.com


Jadi, apakah pendapat anda tentang isu di atas? Jika hendak diceritakan, ada banyak lagi kisah yang seumpama di atas telah berlaku ke atas anda semasa anda bersekolah dulu. Mungkin perkara yang sama berulang kembali kepada anak-anak anda yang sedang memulakan sesi persekolahan sekarang.   

6 ulasan:

  1. Sekolah menengah Clifford di Kuala Kangsar, Perak (18 tahun yg lalu, saya form 6 di sini) tidak membenarkan pelajar lelaki memakai tali pinggang ke sekolah. Perkara ini diumumkan oleh pengetuanya yg bongkak (dan mungkin juga bongok). Alasan beliau, tali pinggang boleh digunakan sebagai senjata semasa pergaduhan. Tapi kalau nak diikutkan logik, apa-apa benda pun boleh digunakan sebagai senjata..hatta seluar dalam sekalipun boleh digunakan sebagai senjata dalam keadaan darurat macam gitu..tapi nasib baiklah si pengetua itu tak mengharamkan pemakaian seluar dalam ke sekolah..

    -Azmi-

    BalasPadam
  2. Tidak pakai seluar dalam di waktu siang hari boleh menjejaskan kesihatan reproduktif murid lelaki.

    Ntahapekebendentah diorang ni buat peraturan....

    BalasPadam
  3. Masa sekolah rendah, guru besar tak bagi berlari dalam kawasan sekolah. tak tau sebab ape.

    pernah kena rotan denagan guru besar sebab berlari dalam kawasan sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kejadian di sekolah saya. dua org murid bermain, bergurau dan saling kejar mengejar antara satu sama lain. ketika berlari menuruni tangga, seorang daripadanya terjatuh, manakala seorang lagi tak sempat berhenti, dan terjatuh atas kawannya. situasi biasa kan? tp sebelum jatuh, murid kedua telah terpijak buku lali kawannya dan menyebabkan buku lali tersebut retak.. oleh itu saya faham rasional kenapa tak boleh berlari di kawasan sekolah, kecuali di padang.

      Padam
  4. hanya dibenarkan berlari ketika waktu pendidikan jasmani sahaja agaknya....

    BalasPadam
  5. bekas pelajar sekolah16 Januari 2012 pada 11:09 PG

    zaman dulu boleh lah pengetua buat macam2 peraturan, budak2 semua takut tapi kalau sekarang pengetua dah takut pada murid / pelajar. silap2 kereta pengetua kena bakar, tayar kerate kena pancit,sekolah pun pelajar boleh bakar...

    BalasPadam