11 Disember 2010

Siri Kartun DIN TEKSI


Din Teksi adalah siri kartun yang cukup popular sekitar tahun 1980 hingga 1990-an. Dihasilkan oleh saudara Zainal Osman (gambar di bawah) atau lebih dikenali sebagai "Nan", kartun Din Teksi disiarkan setiap hari dalam akhbar perdana Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Selain Din Teksi, Nan juga menerbitkan siri kartun Barbers Corner dan menghasilkan ilustrasi kartun untuk salah sebuah institusi perbankan terkenal pada masa itu. Kalau tak silap saya, Perwira Habib Bank Bhd yang kini dikenali sebagai Perwira Affin Bank Bhd.

Zainal Osman atau "Nan", kartunis yang menghasilkan siri Din Teksi. 
Hasil temuramah dengan Nan ada disiarkan di http://akujohan.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

Berbalik kita kepada Din Teksi. Beliau bekerja sebagai pemandu teksi di Kuala Lumpur. Berbanding dengan rakan-rakan pemandu teksi yang lain, model teksi yang Pak Din pandu agak klasik. Melihatkan dari ilustrasi Nan, saya rasa model teksi yang dipandunya adalah model Peugeot 404 yang dikeluarkan pada tahun 1970. 

Peugeot 404 yang berwarna putih. Tak dapat cari model kereta ini yang  dicatkan dengan warna hitam dan kuning (warna rasmi teksi di KL pada tahun 1980 an).

Pak Din mempunyai isteri dan dua orang anak lelaki. Yang sulung dipanggil "Chot" dan bongsu dipanggil "Sayang". Saya tak berapa pasti nama sebenar anak-anak Pak Din dan nama isterinya. Kadang-kadang, adik Pak Din yang bernama "Bob" juga muncul dalam kartun Din Teksi ini. Chot dan Sayang selalu memanggil Bob, bapa saudara mereka ini dengan panggilan "Big Brother Bob". Chot dan Sayang juga ada memelihara dua ekor kucing, seekor berwarna hitam bernama "Piee" dan seekor lagi berwarna putih bernama "Peah". Sepasanglah ni...

Chot dan Sayang dalam siri ini selalunya melakukan aktiviti-aktiviti popular kanak-kanak pada masa itu seperti bermain layang-layang, perang-perang guna pistol air, main gasing dan sebagainya. Yalah, pada masa itu bukannya ada PC dan internet. Harga "Game Watch" pun cukup mahal, apatah lagi video game Atari; lagilah mahal. Mereka pernah minta dihadiahkan sebuah kereta kawalan jauh (remote control car) dari Pak Din ketika mereka demam, tetapi hajat mereka tak dapat ditunaikan, mungkin sebab harga kereta control ketika itu cukup mahal. Bukan macam zaman sekarang, kat pasar malam pun ada jual.

Antara siri kegemaran TV yang mereka berdua selalu tonton adalah Hawaii Five-O dan Incredible Hulk. Kalau mereka berdua bergaduh, selalunya Sayang yang selalu naik angin dulu, lepas tu konon-kononnya bertukar jadi Incredible Hulk. Saya pernah membaca dan melihat bagaimana Sayang bertukar dan mengamuk seperti Hulk ketika naik angin selepas melihat Piee dan Peah dipelihara oleh seorang isteri Tauke Cina yang kaya. Ini terjadi sekembalinya mereka pulang dari kampung datuk dan nenek mereka, di mana Piee dan Peah telah didapati hilang dari rumah. Rupanya dua ekor kucing ini telah pindah ke rumah banglo Tauke Cina yang terletak bersebelahan taman perumahan tempat keluarga Din Teksi tinggal.


Siri kartun Din Teksi ini memang popular sehinggakan watak-wataknya dijadikan penghias kad telefon berbayar Uniphone Card pada awal era 1990-an. Pada kad telefon di atas, kelihatan Sayang (anak Cik Din Teksi) sedang bermain skateboard melepasi Piee (kucing hitam) yang terkejut. 

Secara ringkasnya, siri kartun ini memperlihatkan kehidupan Pak Din sekeluarga sebagai sebuah famili bertaraf sederhana di Kuala Lumpur ketika itu. Mereka menetap di sebuah rumah satu tingkat, yang mempunyai kawasan laman yang cukup besar, sehingga boleh menempatkan ampaian jemuran kain. Chot dan Sayang juga tidak perlu keluar rumah kerana sudah hanya boleh bermain dalan kawasan laman rumah. Zaman sekarang, dah memang tak akan dapat dah keistimewaan macam ni dalam taman perumahan di KL...

Kebanyakkan isi persembahan Din Teksi lebih menumpukan kepada kisah asam-garam Pak Din dalam melayan aneka kerenah penumpang teksinya. Namun, kadangkala diselang-selikan dengan apa yang terjadi di rumah Pak Din, terutamanya dengan ragam kedua-dua anak lelakinya. Bagi saya, siri Din Teksi adalah siri kartun yang cukup terbaik dan ideal ketika itu dalam menggambarkan suka-duka, pahit manis sesebuah keluarga nukleus di kota besar Kuala Lumpur.

Ketika berada di sekolah rendah, saya sanggup berjalan pergi ke perpustakaan sekolah mahupun perpustakaan bergerak setiap hari untuk mencari akhbar Utusan Malaysia semata-mata untuk membaca kartun Din Teksi (pada masa tu keluarga kami tak beli suratkhabar setiap hari). Sayang sekali kartun Din Teksi tidak dijelmakan dalam bentuk siri drama mingguan di kaca TV ketika itu. Namun saya cukup berharap agar semua koleksi Din Teksi ini dibukukan dalam satu siri penerbitan kompilasi untuk djadikan rujukan tentang bagaimana kehidupan seorang pamandu teksi dab keluarganya dalam 20 tahun yang lampau di kota Kuala Lumpur. Sudah tentu jauh berbeza dengan kehidupan pemandu teksi sekarang...

17 ulasan:

  1. Sayangkan sebab kartun Din Teksi dah berkubur...

    BalasPadam
  2. hmmm mane ye nk cari....jenoh g kedai buku cari xjumpe

    BalasPadam
  3. National libRary austrlia ada simpan koleksi din teksi, pasti national library kita pasti ada. Kepda mereka yang ada menyimpan koleksi ini saya cadang di beri kepada penerbit animasi atau filem yang berminat sebab pada masa animasi dan filem seperti ada permintaan.

    BalasPadam
  4. Teringat satu watak kucingnya yang bernama Peah juga !!! Mungkin pasangan kepada Piie.

    BalasPadam
  5. Teringat satu watak kucingnya yang bernama Peah juga !!! Mungkin pasangan kepada Piie.

    BalasPadam
  6. Teringat satu watak kucingnya yang bernama Peah juga !!! Mungkin pasangan kepada Piie.

    BalasPadam
  7. Rindunye ngan budak2 dua org tu

    BalasPadam
  8. Nan....kartun_near berkualiti...harus di-sambungkan...seperti kartun Lat

    BalasPadam
  9. Nan....kartun_near berkualiti...harus di-sambungkan...seperti kartun Lat

    BalasPadam
  10. Saudara NAN masih ada lg dan sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. boleh tlg bgi contact nunber saudara Nan.. sya nk hubungi beliau utk progran berkaitan teksi. Bole email sya butiran beliau di intan_zafina@yahoo.com

      Padam
    2. nan.kartun@gmail.com

      Itu saje yg sy blh bg butiranya. Maaf terlalu lambat reply krn ayah sy kurang sihat skrg

      Padam
  11. Rindunya pada keluarga Din Teksi ni...

    BalasPadam
  12. Saya jugak membesar dan sangat menggemari Din Teksi..kalaulah boleh memiliki koleksinya...

    BalasPadam
  13. Teringat masa kanak2 dahulu, selalu berebut suratkhabar nak baca kartun keluarga Din Telsi...dimanakah nak cari koleksi kartun hasil nukilan saudara Nan...

    BalasPadam
  14. Lejen sungguh.. Ayob anak tulang kang.. abg nan juga lukis kan...

    BalasPadam