Kalkitos merupakan satu permainan berasaskan pembelajaran dalam bidang pendidikan seni yang cukup popular seawal tahun 1970-an. Satu set kit Kalkitos mengandungi 2 elemen penting iaitu:
- Sekeping gambar pemandangan atau suasana (contohnya pantai, padang rumput, atau kawasan bandar) yang kosong, tanpa sebarang watak.
- Sekeping kepingan plastik yang mengandungi gambar watak-watak atau item yang boleh dipindahkan ke dalam gambar pemandangan kosong tadi.
Gambar pemandangan kosong |
Kepingan plastik mengandungi gambar watak atau item |
Apa yang perlu dilakukan adalah untuk melekatkan gambar watak atau item tersebut ke dalam gambar pemandangan kosong tersebut dengan melorekkannya menggunakan pensel. Teknik ini dikenali sebagai proses kromolitografi. Anda boleh rujuk kepada gambar dan video YouTube di bawah untuk melihat bagaimana proses tersebut dijalankan.
Penerangan ringkas tentang cara memindahkan item ke dalam gambar pemandangan kosong |
Setelah selesai, begini hasilnya...Tapi bila gambar telah melekat, memang tak boleh nak dicabut semula. Oleh itu, ramai pengguna yang begitu berhati-hati, berfikir sedalam-dalamnya di manakah lokasi paling strategik di dalam gambar pemandangan kosong untuk dilekatkan dengan item-item tersebut. Kreativiti seseorang dapat diserlahkan dan dinilai berdasarkan hasil akhir seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Kehidupan di padang rumput Afrika |
Kebiasaannya Kalkitos diletakkan berhampiran dengan kaunter pembayaran di kedai-kedai runcit dan pasaraya. Mungkin ini adalah satu bentuk taktik pemasaran, di mana ketika ibu bapa hendak membayar di kaunter, anak-anak yang bersama mereka akan terpandang set Kalkitos ini dan terus merengek untuk minta dibelikan. Lebih teruk lagi jika anak-anak buat perangai lembik, berguling-guling di atas lantai dan menangis tersedu-sedan secara berterusan.
Harga satu set Kalkitos ketika zaman kegemilangannya adalah kurang dari RM10 (kalau tak silap saya). Saya biasa membeli Kalkitos di Kedai Jimat Pernas (papan tanda kedai tersebut berwarna oren, menggunakan logo mirip bentuk kipas). Kedai Jimat pun sudah tidak wujud lagi sekarang. Pengeluaran Kalkitos dihentikan pada penghujung 1980-an.
Masa kecik2 dulu tiap2 kali pegi super market aku mesti suruh mak aku beli Kalkitos ni.. boleh dapat lg ke bro Kalkitos ni??
BalasPadamRasanya dah ada jual balik di Singapura. Kat Malaysia dah lama takde dah. Bebudak sekarang semua pakai graphic computer aje...
BalasPadamHi! Kalkitos ada dijual di Malaysia (Kuala Lumpur), jika berminat sila hubungi 016-362 8859 atau e-mail alanech.edu@gmail.com
BalasPadamIye ke Alanech? ada macam-macam scenary tak?
BalasPadamBila tengok menda nih, teringat pulak masa kecik dulu. Dulu ada gak beli. Macam2 gambar ada. Kena scratch kat kertas ikut suka nak letak kat mana...
BalasPadamSaya turut merasainya bermain kalkitos ni, sekarang ni ada jual balik kalkitos tapi di Singapura buat masa ni ...
BalasPadamKalau nak beli boleh tengok web ini mana tahu nak melepaskan rindu di zaman kanak-kanak kembali: www.kalkitos.sg
yes...faveret ni...
BalasPadamLejeeengggggggggggg.....menggamit memori silammmm....
BalasPadamkuala lumpur msia ada jual kalkitos ke?
BalasPadam