Minyak rambut Vitalis mula memasuki pasaran tempatan pada akhir era 1970-an. Tiga jenis variasi Vitalis dijual di Malaysia iaitu Super Control, Protein dan Medicated. Jenis Medicated kelihatan begitu menarik sekali kerana cecair minyak rambutnya berwarna biru. Manakala jenis Super Control dan Protein berwarna keemasan.
Vitalis Super Control adalah untuk mereka yang mahu mengekalkan bentuk atau style unik dandanan rambut, Protein untuk melembutkan serta membekal nutrien ekstra untuk rambut, manakala Medicated untuk mengatasi masalah kelumumur (dandruft) dan kulit kepala berminyak (oily scalp).
Saya mula mengenali Vitalis semasa saya di sekolah Tadika lagi (1986). Saya selalu melihat ayah saya menggunakan Vitalis setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja. Jenis Vitalis yang digunakan ayah saya adalah Super Control, barangkali untuk mengekalkan style rambutnya yang selalu pendek (ayah saya bekerja sebagai Tentera Darat), walaupun sebenarnya rambut ayah saya dah tak boleh nak buat style lain dah sebab rambut dia kerinting semulajadi...
Disebabkan selalu melihat ayah saya berdandan dengan Vitalis, maka saya pun kadangkala curi-curi pakai sikit Vitalis dia. Vitalis ini tidak sama cirinya seperti Brylcreem atau Code 10. Ia tidak berminyak, bebas dari gris dan tidak melekit seperti minyak rambut lain yang berbentuk emulsion. Vitalis lebih kepada bentuk cecair tetapi tidak lekit seperti gel rambut. Apa yang paling saya gemari tentang Vitalis adalah baunya yang harum seakan-akan minyak wangi Brut. Saya kurang pasti mengapa Vitalis sudah tiada lagi di pasaran menjelang tahun 1990.
Saya tak tahulah sejauh mana kehebatan dan popularnya Vitalis ini. Tapi rasanya cukup popular dan menjadi pilihan jejaka-jejaka ketika itu, tak kira samada jejaka berstatus bujang, berkahwin atau beranak-pinak mahupun bercucu-cicit. Kalau tak popular, takkan sampai Y. Bhg Datuk Yusof Haslam pun pakai Vitalis seperti dalam iklan di bawah. Wah! Muda belia betul Datuk Yusof Haslam ketika ini...
fuhh... mantop la miker... seingat teman zaman bebudak dulu, bedak cuticura, bedak cap salji (kedai gunting rambut banyak)...
BalasPadamYeop, teman rasa bedak Cuticura ada lagi, tapi botol plastik bukan dlm tin besi macam dulu-dulu. Teman masa kecik-kecik panggil "Bedak Cutikurap"...
BalasPadamBro.. Ltk skali minyak rambut bond.. Br power.. Skolah dlu sibuk sikit sorg calet minyak rmbut bond tu kt dagu kt misai.. Nk suh tumbuh lebat katanya.. Hehehe.. Termasuk laa aku... Hahaha
BalasPadamSykt vitiles ni ada lagi tak
BalasPadam