19 Disember 2010

Moero Attack


Pada tahun 1989, kemunculan sebuah siri drama alih-suara dari Jepun telah meletuskan satu fenomena baru di kalangan kanak-kanak dan remaja muda ketika itu. Saya yang masih belajar di Darjah 4 sekolah rendah pun turut terikut-ikut sedikit dengan impak sosial yang dicanangkan oleh siri Jepun tersebut. Entah macam mana, semua kanak-kanak (tak kira lelaki dan perempuan) secara tiba-tiba suka dan minat bermain bola tampar (volleyball) ketika itu. Badminton dan bola sepak tenggelam sekejap. Kuat betul pengaruh siri alih-suara ciptaan Shotaro Ishinomori dari Jepun ini.

Poster drama aksi sukan Moero Attack. Tapi tak dapat pula cari poster berbahasa Melayu. Rasanya memang tak wujud pun. RTM buat terjemahan untuk skrip drama saja. Bahasa poster diorang tak terjemahkan ke Bahasa Melayu.

  
Dengan ini saya mempersembahkan anda kepada siri "Moero Attack". Drama sukan ini mula ditayangkan di Jepun seawal Januari 1979 (saya belum lahir lagi pada masa tersebut) sehingga Julai 1980 (saya dah lahir dah). Moero Attack mengisahkan seorang gadis Jepun bernama Kojika Joon yang mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain skuad kebangsaan bola tampar negara Jepun.

Kojika Joon, pelakon merangkap hero dalam drama Moero Attack. Kenapa  saya sebut Kojiko sebagai hero, tak dipanggil sebagai heroin? Sebab dalam drama ni, asyik bercerita pasal pemain bola tampar wanita sahaja. Pelakon lelaki langsung tak menonjol. Watak hero lelaki hampir tidak wujud. Jadi lebih baiklah Cik Kojiko ini kita anggap secara automatik sebagai hero. Arigato guzaimas!

Setelah dialih-suara ke Bahasa Melayu untuk ditayangkan di Malaysia, nama "Kojika Joon" dipanggil dengan sebutan "Kojika Chun". Kalau anda masih ingat, betul tak? Dalam drama tu, semasa bermain bola tampar khususnya ketika hendak melakukan pukulan spike, mesti ada dialog macam ni: "Chun! Summersault!" Jadi selepas ini saya akan gunakan nama Chun sebagai ganti nama kepada Kojika Joon.


Saya tahu anda mesti tak puas hati bila tengok gambar Chun yang dalam mode hitam putih kat atas tu. Ini gambar Chun yang berwarna. Hait!

Berbalik kita kepada tunjang drama sukan bola tampar ini. Chun ingin menunaikan hasrat ibunya yang ingin melihat beliau mewakili Jepun dalam acara bola tampar di temasya Sukan Olimpik. Ibu Chun telah meninggal dunia semasa Chun masih bayi lagi dan tak tahu apa-apa langsung tentang sukan bola tampar. Walaupun Chun tidak mengenali ibunya, beliau mendapat tahu tentang sejarah dan latar belakang ibunya melalui Pengurus Pasukan Bola Tampar Shirafuji. Tuan Pengurus ini adalah sahabat baik kepada ibu Chun masa muda-muda dulu. Tak tahulah lah pula ke mana perginya ayah si Chun ni. 

Pengurus pasukan Shirafuji. Minta maaf sebab tak ingat nama beliau. Watak Tuan Pengurus ni agak serius dan beliau boleh dikatakan kedekut dalam melontarkan senyuman kepada sesiapa sahaja.
   
Ibu Chun telah mewasiatkan sebuah buku lama yang mengandungi lakaran taktik-taktik akrobatik dalam bermain bola tampar kepada Chun. Macam mana nak buat semua taktik-taktik tu, itu Chun kena fikir sendiri. Banyak kali jugalah Chun terpaksa bertapa seorang diri dalam gelanggang dewan bola tampar yang kosong dan tidak berpenghuni untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Anda jangan ingat nak menuntut ilmu seni mempertahankan diri saja yang kena bertapa. Main bola tampar pun kena bertapa juga tau.

Ini bukan bertapa, tapi ini adalah kedudukan bersedia untuk mengambil dan
membalas pukulan pihak lawan dalam permainan bola tampar.


Sebelum layak dipilih sebagai salah seorang pemain skuad kebangsaan Jepun, Chun telah mewakili pasukan Shirafuji dalam Liga Bola Tampar Jepun. Pasukan ini antara pasukan yang terhandal dalam liga tetapi selalu ditewaskan oleh satu pasukan senior. Saya tak ingat nama pasukan senior tersebut, tapi pemainnya memakai jersi warna hijau dan putih. Pasukan Shirafuji memakai jersi berwarna merah dan putih (warna bendera Nippon).

Pemain-pemain pasukan Shirafuji


Bagaimana saya boleh katakan yang siri Moero Attack ini begitu banyak mempengaruhi kanak-kanak ketika itu? Jawapan yang paling tepat sekali adalah kerana Moero Attack menampilkan pelbagai aksi-aksi akrobatik pemain-pemain bola tampar wanita, khususnya Chun kesayangan anda itu lah. Kadang-kadang bila difikirkan kembali, terutamanya bila anda yang sudah dewasa sekarang, kebanyakkan aksi akrobatik itu terlalu melampau dan tidak  masuk akal langsung untuk dipraktikkan dalam permainan bola tampar. Kalau kesemua teknik itu boleh dilakukan, pasti pingat emas acara bola tampar sudah berada dalam genggaman skuad Jepun setiap kali temasya Sukan Olimpik. Ternyata kita semasa masih di peringkat kanak-kanak, mudah ditipu dan tertipu oleh cerita-cerita sebegini. Teknik atau aksi yang dipertontonkan juga merbahaya untuk ditiru oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dalam konteks ini, RTM gagal untuk menyampaikan mesej atau pesanan amaran "JANGAN MENIRU AKSI SEPERTI INI DI RUMAH" sepanjang siri ini disiarkan di kaca TV.

Pelbagai teknik akrobatik bermain bola tampar dipertontonkan dan diperhalusi dalam Moero Attack. Setiap pemain dari pasukan yang berlainan mempunyai taktik yang unik dan tersendiri (sila rujuk klip video di bawah). Aksi-aksi sebeginilah yang selalu menjadi ikutan kanak-kanak semasa bermain bola tampar. Memanglah tak boleh buat, tapi ketika bermain, mesti akan terkeluar jeritan berupa dialog yang ditiru dari cerita Moero Attack tu. Konon-konon boleh buat lah...


Pukulan spike Summersault dari Chun. Teknik ini merupakan trade mark Chun, yang hingga kini masih disebut-sebut oleh peminat Moero Attack. Andalah tu!




Pukulan spike berkembar Summersault. Pada suatu masa muncul seorang pemain baru pasukan Shirafuji yang berkeupayaan melakukan summersault sama seperti Chun. Jadi, mereka berdua berganding bahu dalam melakukan teknik mengelirukan ini. Tetapi sayangnya teknik ini tidak kekal lama kerana pemain baru itu meninggal dunia atas sebab yang saya tak ingat. 
   


Ini lagi pelik. Pukulan spike summersault dibalas kembali dengan spike summersault juga. Ketika ini Chun telahpun diserapkan ke dalam skuad kebangsaan Jepun. Warna pakaian jersi Chun pun dah berubah dari merah putih kepada biru pekat (ada tulis Nippon lagi). Dah dekat-dekat nak pergi Olimpik dah ni...




Ada satu pasukan mempunyai dua orang pemain penyerang yang merupakan adik-beradik kembar seiras. Jadi bila melakukan pukulan spike, pasukan lawan akan terkeliru dan tak tahu mana satu di antara adik-beradik kembar tu yang akan membuat pukulan. 




Inilah dia pasukan senior berjersi hijau putih yang gagal dikalahkan oleh pasukan Shirafuji walaupun Chun dah buat macam-macam teknik. Tak tahulah macam mana diorang buat teknik mengkelabukan biji mata dengan bayang-bayang ni...




Bukan teknik bayang-bayang saja. pemain pasukan senior hijau putih ini juga berkeupayaan untuk melakukan servis kencang yang menghasilkan junaman bola berbentuk piring terbang. Mak aih! Memang susah betul nak tahan servis macam ni. Servis piring terbang ini selalu saya gunakan ketika bermain bola tampar dengan kawan-kawan sebaya.




Chun pun ada teknik servis yang tersendiri. Teknik ini dikenali sebagai "Servis Tinggi" Sebelum ambil servis dan pukul bola, kena jerit dulu "Servis tinggi!...Kalau tak sebut, tak syok dan mungkin servis tak menjadi.




Ini pula pukulan spike yang boleh menyebabkan bola itu berpusing-pusing membentuk pusaran. Boleh pening kepala melihatkannya.




Ini merupakan teknik terakhir yang dipelajari oleh Chun dari buku lakaran teknik bola tampar yang diwariskan ibunya. 


Ramai kanak-kanak yang ponteng kelas agama sebelah petang sebab nak tonton Moero Attack sebab siri ini ditayangkan di saluran RTM 1, jam 4.30 petang, dari hari Isnin hingga Khamis. Tidak kurang pula yang sanggup berlari sehingga tidak cukup nafas untuk pulang ke rumah setelah selesai kelas mengaji, semata-mata takut terlepas babak-babak awal siri ini. Manakala budak-budak sekolah sessi petang tak habis-habis merungut dan menyumpah-seranah sebab tak dapat tengok langsung. Kalau yang ada pemain VCR (video cassette recorder) tu, bolehlah buat rakaman sendiri. Tapi harga VCR ketika itu mahal, cassette pun mahal. Bilangan keluarga yang memilikinya pun boleh dikira dengan jari.


Moero Attack juga dijelmakan dalam bentuk komik Manga di Jepun. Walaubagaimanapun, komik ini tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti komik Tora Aman Doraemon. 



Satu pengajaran yang boleh diteladani dari siri Moero Attack ini adalah sikap jati diri orang Jepun yang sentiasa kuat berusaha dan tidak putus asa dalam mencapai sesuatu kejayaan. Betul lah tu. Masa nak ambil balik atau pukul bola tu, kalau tak jatuh atau guling-guling tak sah. Aspek disiplin yang tinggi dan saling menghormati antara satu sama lain (khususnya kepada orang tua) sentiasa dipertontonkan. Di negara China, siri Moero Attack ini dipertayangkan berulang-ulang kali untuk merangsang inspirasi dan semangat pemain skuad kebangsaan bola tampar wanita China, walaupun negara China dan Jepun pernah bermusuhan pada suatu ketika (Perang Dunia Ke-2). Hasilnya, mereka berjaya menjulang kejuaraan bola tampar Piala Dunia pada tahun 1981. 


Sudah saya katakan. Kalau tak jatuh, tak sah main bola tampar dalam Moero Attack ni.  Nasib baik Chun tak apa-apa.

Agaknya memang pengarah Moero Attack selalu suruh Chun buat-buat jatuh setiap kali nak ambil atau pukul bola kot.

Pendek kata, majoriti kanak-kanak ketika itu semuanya secara tiba-tiba berminat main bola tampar. Lebih mengejutkan, ramai juga yang dapat berbahasa Jepun sikit-sikit, dengan menyanyikan lagu tema intro drama Moero Attack (klip video disediakan di bawah). Selepas siri Moero Attack ini tamat, barulah sedikit demi sedikit nampak makin ramai yang kurang hendak bermain bola tampar.

Lagu tema intro episod Moero Attack


Lagu penutup episod Moero Attack


Saya pun boleh juga menyanyikan lagu bahasa Jepun seperti di atas, walaupun sebutannya entah betul atau tidak sebab tiru bulat-bulat dengan mendengar apa yang dinyanyikan di TV. Namun, saya berbangga juga kerana dapat memahami tulisan Jepun dan boleh menuliskannya kembali di atas kertas dengan tepat. Satu-satunya ayat Jepun yang saya faham dan saya boleh tulis dengan penuh yakin adalah ayat di bawah:

Sebutannya dalam bahasa Jepun ialah "Tuduku". Cuba anda sebut. Tuduku maksudnya: akan bersambung atau to be continued...Ayat ini  akan muncul di penghujung cerita setiap episod Moero Attack. 

46 ulasan:

  1. huh..time ni blk ngaji cpt2 trcongok dpn tv.tp xbape nk ingt sgt la cite ni sbb br 6thn kut (ikut kiraan umo fairus la).hehe.yg plg ingt pn nme chun n tknik last tuh.pergh..terer gler siap cuba tiru diaorg wat.kononnya nk lompat cmtu la(b'angan x ingt).time kasih la utk entry ni.at least dpt refresh cite dolu2...

    BalasPadam
  2. wahh...bagusnya...mekasih sebab share...ni seme kenangan kan...

    BalasPadam
  3. Tima kasih Cik Mot..apa macam? sudah nyanyi ke belum?

    Kalau sukar nak menyanyi, kena belajar dulu dgn yg pakar. Buat mcm style orang jepun. Kena tunduk sambil berkata "Sila beri tunjuk ajar..."

    BalasPadam
  4. Terima ksih sudi join Kontes saya..Hebat cerita awak..Saya pun mengikuti cerita ini dulu tetapi minat saya lebih cenderung pada katun kickers..Tapi 2 2 best giler dulu..Entri yang sangat baik!..Esok akan diumumkan hadiah2..

    BalasPadam
  5. Junko, sama-sama. tahniah utk anda juga kerana buat peraduan macam tu. Kreatif. Dapat juga kita bertukar-tukar cerita.

    Nanti saya akan buat juga review pasal Kickers tu. Tapi artikel mcm tu dlm blog saya ni kena ambil masa sikit nak siapkan. Sebab kena cari gambar dan buat research dulu..

    BalasPadam
  6. Hai!..Esok pengumuman pemenang kontes..Plz be alert keh?..Jam 4 petang..Thanks join kontes nie!..

    BalasPadam
  7. oooo... 'tuduku'!
    sampai sekarang suka cerita ni w/pon tak tere main bolibol. hihi!
    cakap la kat RTM untuk tayang lagi..

    BalasPadam
  8. Saya 'tersinggah' blog saudara. Rasa syok baca tulisan saudara berkaitan siri 'Maero Attack' ni. Terima kasih sbb sudi kongsi. Saya ingat-ingat lupa cerita ni sbb masa tu saya masih 4 - 5 tahun; masih ingat Ummi dan Abah kejut bangun tidur sbb mereka tahu saya suka cerita ni. Kenangan sungguh...!!!!

    BalasPadam
  9. wahhhh... bestnye mengimbas kembali zaman2 kegemilangn maero attack... sib bek lah sy tak ngaji sekolh agama, so boleh layan citer nih tanpa ada apa2 perasaan bsalah pon..hehehe...
    ingt lg dengan tamparan berkembar dgn pukulan berpusing yg chun buat..sampai siap praktikkan pukulan tu tp tak jd pon, hehehe.. mmg peberet pon ngan citer nih, kalau blh mtk rtm ulang siar balik, kompm ramai kanak2 yg akan lebih meminati sukan outdoor drpd bsukan mghadap game jek ....

    BalasPadam
  10. Salam.
    Ulasan anda ini benar2 mengingatkan memori zaman saya kecik2 dulu. suka benar tgk cerita ni. B'lari2 blk ngaji semata2 nk tgk cerita ni. Kat sekolah(masa rehat) pun dok praktis main bola tampa.padahal xreti main mana pun.hehe... Si chun ni comel betul masa tu. ingat tak dialog ni " Baikushi berjaya..". hehe.. Sya pun lahir thn 80. Macamana nk tgk cerita ni lagi ya?

    BalasPadam
  11. Wah, betul best cite ni dulu. Macam2 gaya pukul bola diorg ade, siap gaya summersault bola berpinang2 bile tengok. Hehe...

    Tak silap aku, dari crite ni la perkataan "cun" diambik menggambarkan org tu cantik - awek tu "cun" la... sempena nama hero cerita ni CHUN.

    BalasPadam
  12. yup betol... cerita yg sgt best... time sekolah rendah... paling ingat... "sommersault berpusing!!!"

    kat mana leh cr link nk donlod drama ni

    BalasPadam
  13. haha..apa yg awak cakapkan tu semuanya benar2 belaka...sanggup berlari mcm tak cukup kaki lps mengaji petang semata2 nak tenggok summersault berpusing..bila bergadauh dgn adik beradik mesti sebut..summersault berpusing!!..haha..terkenang siot.

    BalasPadam
  14. Wahh..!! Drama yang bagus.. Sampai sekarang masih jelas diingatan.. Tahu tak sebelum tayangnya Moero Attack, ada drama Jepun yang bertemakan sukan tennis yang pernah ditayangkan di TV. Saya pernah tonton di siaran Singapura pada awal 80an yang berjudul 'The Beautiful Smasher'. Tak silap, kisah dua adik beradik yang berlawanan & mempunyai teknik-teknik pukulan smash yang sama hebat seperti Moero Attack. Tahu tak drama itu..? Ada gambar atau video-nya tak..? Terimakasih..

    BalasPadam
  15. mengimbau btol lah..Moero Attack memang terbaekk..!!sebab moero attack ni la aku start main volleyball..hehe..budak2 sgt masa tu, mmg mudah terpengaruh..

    BalasPadam
  16. Pernah kena hukum ngan atok tak boleh tgk cite ni sbb kije sekolah x siapkan, haku menangis bagai nak rak semata2 kerana cite ni T_T

    BalasPadam
  17. Thank u for posting this beautiful memories
    Tapi video lagu tu tak boleh dimainkan kenapa ye
    Tolong repost boleh?

    BalasPadam
  18. Ceta ni mmg best giler ....terimbau kenangan lama masa sekolah rendah masa 2 aku la juara bola tampar.....

    BalasPadam
  19. Miss Comet plsss.... legend jugak tu..
    Anak angkat yg ade tongkat sakti... hehehehehe...

    BalasPadam
  20. Kalau Darja 4 1989, Sebayalah kita :-)

    BalasPadam
  21. Citer ni memg best.ingt lg bila main petg2ngn kwn2 je, mesti gunakan tali kain umah jd jaring, pas2 wat pusing2 bdn bila tmpar bola mcm wat samesault brpusing.kelakar bile kenang alik.balik umah cept takut trlepas tp ada satu hari dlm seminggu trlepas sbb brlatih bola jaring.frust tul.lagu meoro attack ni kitaorg trjemah dlm bahasa melayu brkisar tntg chun n kwn2 nya spt yu jia n captain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat rangkap kedua je. Yg first tak dapat recall.

      “Cun, Yogia dan Kapten, 3 rakan berjaya ke Olimpik.

      Tapi Sayangnya, Yogia telah pergi

      Kami doakan kan semoga Cun berjaya,

      Di Olimpik nanti…”

      Padam
  22. kenangan mengusik jiwa.....bekejar2 balik dari sekolah agama coz nak layan citer ni :)

    BalasPadam
  23. Drama yg menaikkan semangat. Membawa saya ke pertandingan bola tampar peringkat sekolah. Mencuba gaya sommersault berputar tp tak jadi jadi..heee. sungguh mengimbau kenangan. Masih minat bola tampar hingga hari ni..

    BalasPadam
  24. fuh...
    pakai sependa je

    apa yg den ingat...
    start dari zaman moero attack ini,
    awek yg lawa akan dipanggil awek yang cun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boto lah tu, bdk skang x tau asal usul perkataan cun tu kan, hehehehehehehehehe

      Padam
  25. kredit to Dr..kenangan yg sama masa sy darjah 4. saya pun lahir 80. gaya ikat rambut chun pun jd ikutan masa tu..hasilnya sy pun dh jd atlet volleyball, dh bersara dh pun..

    BalasPadam
  26. terbaik la imbauan ni...mmg sape yg sek agama masuk pkl 4.30ptg akn rmi yg ponteng klas ...yg xblh tahan,ms sek agama, time rehat tu,nk main juga bolatampar tp mane ade bola nk main.so kulit rambutan pon blh ganti jd bola tampar..

    "ada seorg gadis,chun namanya,bercita-cita menjadi skuad dunia...."

    miss komet pon best,pkl7 mlm rsnye..pastu kartun kickers mcm pkl5..cite jepun bersambung2..

    BalasPadam
  27. terbaik la imbauan ni...mmg sape yg sek agama masuk pkl 4.30ptg akn rmi yg ponteng klas ...yg xblh tahan,ms sek agama, time rehat tu,nk main juga bolatampar tp mane ade bola nk main.so kulit rambutan pon blh ganti jd bola tampar..

    "ada seorg gadis,chun namanya,bercita-cita menjadi skuad dunia...."

    miss komet pon best,pkl7 mlm rsnye..pastu kartun kickers mcm pkl5..cite jepun bersambung2..

    BalasPadam
  28. admin tak blh upload ke episode maero attack ni. nak tgk semula la.

    BalasPadam
  29. Mana nak cari episod2 citer ni yer

    BalasPadam
  30. boleh tak, kalau citer lama gini ditayangkan semula.....
    mengingati kisah zaman2 kanak dulu.....era 90-an, 80-an

    BalasPadam
  31. dimana nak tngk drama ni semula??teringin sgt...

    BalasPadam
  32. Bukan nama heroinya Yumiko Araki ke?

    BalasPadam
  33. Mak dia tak mati,cuma berpisah dgn bapak dia je.Mak dia bekas pemain bola tampar jgk.Mak dia ada ajar tp xnk mengaku dia ibu landing.last2 dia dpt tahu jgk prmpuan tu Mak dia.kasut Mak dia yg rare tu.

    BalasPadam
  34. Maaf nk tanya di mana sy bole dptkan cd citer ini yer... lama dah carik... tq kalu ada yg sudi memberikan maklumat

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. wah..ingat satu persatu ya..citer ni mmg best. kalau rtm buat ulang tayang waktu mlm plk kan best

    BalasPadam
  37. wahh mcm tw je sy tgh tgk cite ni... ada full cerita ni kt youtube tp dh diubah dlm bahasa cina.. nasib sempat load cite ni sy tgk dh takde lg dlm youtube.

    BalasPadam
  38. Haha ye cite moero attack mmg sdp....nsb baik msa tu sy xsklh lg, jd mmg dpt tgk cite dri awl smpi tmat.sbb utama suka sgt tgk cite tu sbnrya ssb plakon utama dia lawa.
    hahaha kcik2 dh gatal kn...berak pn masa tu mak basuhkn lg 🤣

    BalasPadam
  39. Terima kasih tuan kerana menggamit kembali memori lama.. tersenyum sendiri saya sambil menaip ni.. 🥰

    BalasPadam
  40. Hihii tba2 tringat cerita ni..try gigrl..jumpa blog tuan..memang menarik..trimankas8h membawa sy ke alam kanak2..susah pyh semata2 nak tgok cerita ni😅

    BalasPadam
  41. saya ank kelahiran thn 1980 sentiasa merindui drama2 jepun seangkatanya

    BalasPadam