Gambar
ini barulah dikatakan gambar yang dirakam oleh jurugambar yang sentiasa
praktikkan elemen "Don't capture pictures, you must capture moments.."
Gambar
ini merupakan sedetik rakaman peristiwa cemas pengepungan amukan
seorang lelaki yang disyaki telah melepaskan tembakan liar di sekitar Chow Kit, Kuala
Lumpur pada 18 Oktober 1987.
Gambar yang dirakamkan oleh jurufoto BERNAMA, Encik Abdul Ghani Ismail ini menceritakan
saat cemas tindakan polis dan ketangkasan mantan Ketua Polis Negara,
Tun Hanif Omar. Waktu itu beliau bersama anggota-anggota polis yang lain
berlindung di sebalik kereta, tembok dan parit. Ketika melihat Tun
Hanif Omar keluar daripada perlindungan untuk mendekati sasaran, Encik
Abdul Ghani tidak melepaskan peluang, muncul dengan kameranya, terlupa
akan keselamatan dirinya sendiri yang terdedah kepada kemungkinan
sasaran tembakan.
Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku, Encik Abdul Ghani menyatakan bahawa situasi pada ketika itu amat cemas dan membimbangkan, namun tumpuan beliau hanya kepada pergerakan polis, terutama Ketua Polis Negara.
Encik Abdul Ghani telah menunggu sejak beberapa jam sambil berlindung di dalam longkang, semak dan tembok bersama-sama anggota Unit Tindak Khas (UTK) PDRM untuk mendapatkan ‘shot’ terbaik dengan hanya bersenjatakan sebuah kamera biasa. Beliau bersyukur kepada tuhan kerana segala-galanya berjalan dengan selamat.
Hasil siasatan mendapati bahawa lelaki yang mengamuk dan melepaskan tembakan liar tersebut dengan meggunakan senjata m-16 adalah seorang anggota tentera berpangkat Prebet bernama Adam Jaafar, berumur 23 tahun ketika itu. Beliau yang sebelum itu berttugas sebagai anggota Renjer di Kompeni C, 6 Renjer, Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh, Perak didapati telah meninggalkan tugas tanpa izin pada 17 Oktober 1987.

Hasil rundingan dan pujuk rayu, Prebet Adam Jaafar akhirnya menyerah diri pada 19 Oktober 1987
Sumber diolah dari Berita Bukit Aman 1989, Petikan Berita BERNAMA Jan/Feb 89 dan akhbar Berita Harian 20 Oktober 1987.
menarik. (^-^)
BalasPadamTerima kasih cik Norlyana...
Padamprebet adam ni la yg ade kaitan ngn kes adik die meninggal kat padang golf tu kan?
BalasPadamgolf??golf ape yg kaitan dengan die??
PadamAdik die dibunuh di padang golf oleh.... ehem ehem
PadamCaddy kn x silp
PadamCaddy kn x silp
PadamSaya ada dengar juga tentang Prebet Adam tu. tapi ramai mereka buat versi cerita amukan Chow kit 87 ada kata dia tahan Hospital bahagia ada kata dia keluar hospital dan banyak lah cerita saya dgr pasal dia.
BalasPadamKes beliau hanya diversi...
BalasPadamKes beliau hanya diversi...
BalasPadam