18 Januari 2011

Susu Tepung KLIM

Pesan ibu, minum susu sebelum tidur. Nanti anda akan membesar jadi sihat dan kuat. Anda selalu tak minum susu sebelum tidur? Kali ini saya mahu mengajak anda kembali mengingati salah satu jenama susu tepung atau susu skim yang antaranya pernah mendominasi pasaran tempatan Malaysia ketika era 1980-an dahulu.


Susu tepung penuh krim atau susu skim KLIM. Sumber gambar: layarlara-layarlara.blogspot.com

Pasti anda kenal jenama susu tepung di atas kan? Populariti susu tepung KLIM ini hampir menyamai kepopularan susu tepung jenama terkenal yang lain seperti Dumex, Nespray dan Everyday. Harganya di pasaran tempatan pun lebih kurang sama. Tapi tidak berapa pasti jenama mana yang sampai dahulu di Malaysia.

Semasa kanak-kanak, saya bukanlah seorang yang cukup berdisiplin dalam aspek minum susu ni. Mungkin disebabkan kurangnya disiplin dalam menyerapkan kalsium dan protein ke dalam tubuh melalui peminuman susu tepung, ketinggian saya sekarang hanya pada peringkat sederhana sahaja, tak pendek dan tak tinggi. Bukannya apa, terus-terang saya katakan saya kurang menggemari rasa lemak susu.


Memang ada populasi kanak-kanak yang tidak menggemari rasa susu. Bila dah tak gemarkan rasanya, bila disuruh minum pasti akan merengek punya. Ibu bapa juga yang pening kepala sebab sudah membelanjakan sejumlah wang untuk membeli susu. Sumber gambar: rose-lina.blogspot.com


Walaupun begitu, jika diberi pilihan, saya akan memilih susu KLIM kerana rasanya yang sedikit masin berbanding susu-susu skim jenama yang lain. Jadi kuranglah sedikit rasa lemak susunya. Namun, setiap kali segelas susu dihidangkan di hadapan saya, pasti saya akan mengeluh keresahan. Susah betul rasanya nak habiskan susu segelas tu. Bermacam-macam alasan yang saya reka untuk tidak menghabiskan susu tersebut. Bila diingatkan kembali, kesian dekat ibu dan ayah saya...


Ibu bapa kadangkala terpaksa melakukan eksperimen dalam memilih susu tepung yang sesuai dan digemari oleh anak-anak mereka yang sudah pandai demand pada masa kini. Pening juga kepala dan dompet dibuatnya. Sumber gambar: qaisya.blogspot.com


Jika dilihat pada yang tertera di tin susu KLIM, produk ini telah dikeluarkan seawal tahun 1857. Tetapi ia hanya memasuki pasaran Malaysia pada hujung era 1970-an. Sebelum itu, susu KLIM telah digunakan dengan begitu meluas di pasaran benua Eropah dan Amerika.  Jika anda perasan, perkataan KLIM sebenarnya datang daripada perkataan MILK yang dieja secara terbalik.


Motorsikal membawa bekalan Susu KLIM untuk dijual secara runcit di Washington DC, USA sekitar tahun 1950-an. Sumber gambar: http://www.jockeyjournal.com/?p=494


Iklan penerangan Susu KLIM yang disiarkan dalam majalah di USA pada tahun 1920. Lembu yang menjadi model dalam iklan susu tepung semuanya bermuka masam sahaja. Mungkin mereka tak rela susu mereka diambil untuk kegunaan manusia. Sumber gambar: Wikipedia

Semasa Perang Dunia ke-2, susu KLIM telah dijadikan salah satu bahan makanan rangsum (ration) oleh Tentera Amerika Syarikat dan lain-lain pasukan dalam Gabungan Tentera Berikat (Allied Armed Forces). Pasukan Palang Merah Antarabangsa juga menghantar susu KLIM kepada askar-askar Amerika Syarikat yang menjadi tahanan perang (POW) di kem tahanan perang sekitar kawasan tanah jajahan Jerman. Ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengambilan kalori askar-askar yang ditahan, bagi memastikan mereka terus sihat dan bertenaga.

Walaupun tepung susunya telah habis dibuat minuman, tetapi tin susu yang kosong tidak dibuang begitu sahaja. Masih ada kegunaannya seperti yang ditunjukkan di bawah...


Tin susu KLIM yang kosong digunakan untuk membuat saluran batang paip yang dijadikan lubang udara dalam pembinaan terowong bawah tanah di kem-kem tahanan. Laluan terowong digunakan untuk melarikan diri dari kem tahanan. Inilah faedahnya minum susu. Sumber gambar: http://anonymous-generaltopics.blogspot.com/2009/01/great-escape.html

13 ulasan:

  1. saya sempat jumpa susu ni :) -ayu

    BalasPadam
  2. tengok jer....tak sempat rasa....mahal masa tu.....:)

    BalasPadam
  3. sempat jumpa, tak ingat rasa..haha

    BalasPadam
  4. makcik saya buat biskut sarang semut dulu campur sikit susu KLIM ni. Memang sedap.. rasa susu biskut dia buat tu... Penah la mak sy beli dulu, tp mak lg prefer dumex n everyday then KLIM.. hehehe

    BalasPadam
  5. OMG!!! I was searching for KLIM milk and came upon your blog. It brought back so much memories. Great work on the pictures. Cheers.

    BalasPadam
  6. saya tau rasa itu susu

    BalasPadam
  7. Susu paling saya suka ni.. tp sedih kenapa takde dah di Malaysia..

    BalasPadam
  8. Susu paling saya suka ni.. tp sedih kenapa takde dah di Malaysia..

    BalasPadam
  9. kat mana nak dapatkan susu klim ni skrg ya?

    BalasPadam
  10. Sy skrg ud berumur 34 thn.semasa kecilku dr kls 3sd saya sdh minum susu klim ini sampai kls sma.memang susu ini sgt bagus sekali.tetapi skrg susu ini nth msh ada dijual gk?setauku susu ini skrg sgt mahal..sy ingin sekali generasiku yaitu anak anakku meminum susu klim sprti maminya dulu semasa kcl

    BalasPadam
  11. Pernah merasa beberapa kali minum susu ini zaman kanak-kanak dan tidak lama selepas itu tiada lagi susu ini di pasaran.rasa ia enak sangat mungkin sebab saya peminum susu tegar ��

    BalasPadam
  12. Semasa mengandung yg pertama tahun 1995 hingga yg ketiga saya mengamalkan minum susu klim bermula awal kandungan atas cadangan daripada doktor homeopathy saya. Doktor cakap susu klim amat bagus untuk kekuatan tulang bayi.siapa tahu susu klim diganti dengan nama baru atau langsung tidak dijual dipasaran masia?

    BalasPadam