Apakah objektif utama anda mengunyah chewing gum, bubble gum atau gula-gula getah? Pada zaman kini, terdapat beberapa iklan di TV yang menyedarkan pengguna bahawa dengan mengunyah bubble gum, dapat memelihara kebersihan mulut dan gigi. Nafas akan lebih segar, gigi lebih putih dan berseri.
Itu zaman sekarang. Masa zaman saya kanak-kanak dahulu, tiada siapa yang menyedari faedah mengunyah bubble gum ini. Objektif utama nak kunyah bubble gum ketika itu ialah semata-mata nak buat belon.Tapi bukan semua bubble gum yang sesuai untuk dibuat belon. Ada jenis-jenis tertentu sahaja. Salah satu produk bubble gum yang popular dan amat sesuai dibuat belon adalah 88 Super Bubble Gum.
Pek besar produk gula-gula getah 88 Super Bubble Gum mengandungi 60 paket kecil bubble gum. |
Sepertimana yang anda lihat pada gambar di atas, tentu anda faham kenapa 88 Super Bubble Gum ini sesuai sangat untuk dikunyah bagi menghasilkan belon. Pada bahagian labelnya pun sudah tertera belon bubble gum yang besar sedang dihasilkan oleh dua orang kanak-kanak (lelaki dan perempuan). Saiz belon tersebut lebih besar dari saiz kepala diorang...
Produk 88 Super Bubble Gum ini sangat popular sekitar era 1980-an. Ia dihasilkan oleh syarikat Khee San Food Industries Sdn Bhd, kilangnya terletak di Sri Kembangan, Selangor. Dahulu, ia biasa dijual dalam bentuk paket kecil dengan harga 10 sen setiap satu. Dalam satu paket kecil ini, ada tiga biji bubble gum, tiap-tiap satunya berwarna oren, kuning dan merah.
Mengikut deria rasa lidah saya, bubble gum berwarna merah berperisa strawberry, kuning rasanya seperti lemon, dan yang oren memang rasa macam buah oren. |
Untuk menghasilkan belon yang betul-betul bagus, biasanya saya dan kawan-kawan kunyah 3 biji bubble gum sekaligus. Tiga-tiga perisa oren, lemon dan strawberry bercampur-aduk dan tidak boleh dibezakan lagi oleh tunas rasa yang terdapat pada permukaan lidah. Takrifan belon yang betul-betul bagus di sini adalah:
- Belon mudah ditiup dan mudah mengembang
- Saiz belon yang besar.
- Daya tahan kembang belon lebih lama (sebelum belon pecah dan melekat di bahagian mulut).
Berapa besar belon yang boleh anda hasilkan daripada kunyahan bubble gum? Mungkin selepas ini anda boleh cuba dan catatkan dalam Malaysian Book of Records. |
Tidak kiralah sama ada objektif ada mengunyah bubble gum untuk menghasilkan belon, atau untuk membersihkan mulut dan gigi, ataupun untuk sekadar menunjukkan lagak di depan gadis-gadis (kononnya baguslah ni...), yang paling penting adalah anda tahu di mana sepatutnya anda membuang sisa kunyahan bubble gum anda itu...
ya Bro, saya suka makan gula getah ini, memang sodap!
BalasPadamKalau nak, saya bole bagi sebagai cenderahati...
BalasPadamrasanya dulu nama dia lain, namanya KIKI bubblegum baru. tu tagline dlm tv ad kat TV
BalasPadambetul nama lain. Lupa la, apa nama saya panggil masa kekecik dulu
Padam