13 Disember 2010

Senapang/meriam buluh Cina

Kali ini saya akan memperkenalkan anda sebuah senjata yang digunakan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ketika bermain perang-perang, atau dengan sebutan glamournya ialah "Combat". 

Senapang atau meriam kecil buluh Cina 
Sumber gambar: http://yusmanhambali.blogspot.com

Senjata ini dikenali sebagai senapang atau meriam buluh Cina. Kenapa namanya begitu? Senapang ini diperbuat dari sebatang buluh Cina bersaiz sederhana. Pokok buluh Cina mudah didapati di kampung-kampung ketika itu kerana ia tumbuh melata, biasanya di tepi sungai.


Pokok buluh Cina
Senapang buluh cina juga dikenali sebagai "Caplog" di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Nama lain yang agak popular di kalangan kana-kanak ialah "Senapang Letup-letap" atau "Letap-letup" (terpulanglah kepada anda untuk nak sebut yang mana dulu). Proses pembuatan senjata ini agak mudah. Dua batang buluh cina diperlukan untuk membuat bahagian meriam (berlubang di tengah) dan bahagian laras. Sila rujuk kepada gambarajah lakaran di bawah untuk maklumat lanjut.


Lakaran skematik kasar jurutera senjata senapang/meriam buluh cina

Saya biasanya menggunakan buah cenerai sebagai peluru untuk senapang ini. Sebelum keluar berperang, setiap askar perlu memastikan bahawa dia dilengkapi dengan bekalan peluru yang cukup. Lokasi tempat ternanamnya pokok buah cenerai biasanya dijadikan lokasi strategik yang mesti dikuasai atau ditawan semasa berperang, macam gudang peluru lah ni. Untuk askar yang pemalas tapi masih mahu lagi berjuang di medan pertempuran yang tidak mempunyai pokok buah cenerai, mereka boleh menggunakan kertas suratkhabar yag telah dicarik-carik kecil dan direndam dalam air. Tak kira samada anda menggunakan buah cenerai atau kertas suratkhabar, yang penting anda harus meletakkan dua biji peluru pada laras senapang; pada muncung hadapan dan muncung belakang. Kalau tidak, senapang tak meletup dan mungkin mengakibatkan kecederaan pada diri sendiri (senjata makan tuan). 

Buah cenerai yang dijadikan peluru. Boleh makan juga buah ni...
Hasil tembakan mempunyai bunyi yang agak kuat dan menakutkan khususnya kepada kanak-kanak perempuan yang biasanya menjadi mangsa korban yang tidak berdosa dalam peperangan. Bunyi yang kuat akan menyebabkan mereka menjerit ketakutan. Orang-orang tua di sekeliling khususnya makcik-makcik akan menjerit kerana terkejut atau marah kerana menganggu mereka yang sedang rancak berbual tentang gossip-gossip semasa. Ada juga orang tua yang marah kerana bunyi letupan tersebut mengganggu mereka yang sedang lena diulit intan melelapkan mata semasa tidur di waktu petang. Jika tidak sabar, mereka juga akan turut sama turun ke medan pertempuran untuk menyertai peperangan tanpa membawa sebarang senapang/meriam buluh cina, tetapi dengan membawa rotan atau penyapu. Saya tak berapa pasti, mana yang lebih sakit. Samada kena rotan atau penyapu, atau kena tembakan dari senapang buluh cina.   

Kami selalu main perang-perang dengan senapang ini ketika menghadiri kelas agama petang. Satu hari, Ustaz Hassan menjalankan Operasi Insurgensi untuk menangkap kami hidup-hidup. Tapi akhirnya Ustaz Hassan tersungkur tewas selepas terkena tembakan tepat di leher. Ternyata tembakan itu meninggalkan kesan yang berkekalan kepada kesihatan fizikal dan mental Ustaz Hassan. Dari segi fizikalnya, kesan merah di leher Ustaz Hassan hasil tembakan tersebut masih jelas kelihatan walaupun hampir dua minggu selepas kejadian. Dari segi mentalnya pula, ramai pelajar perempuan yang senyum-senyum simpul sambil memperkatakan yang Ustaz Hassan mempunyai kesan "love bite" di leher...

Minta maaf ye Ustaz Hassan...

Kanak-kanak zaman sekarang sudah tidak berpeluang untuk bermain permainan seperti ini. Namun konsep permainan perang-perang ini masih lagi dipraktikkan sekarang dalam permainan aksi seperti "Paintball" dan "NERF". Tetapi, masalahnya kini anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli peralatan dan menyewa kawasan untuk dijadikan medan pertermpuran. Berbeza dengan zaman dahulu, kawasan kampung yang begitu luas membolehkan anda bertempur di mana sahaja dalam apa jua situasi. Tidak perlu keluar duit pun...


Permainan Paintball memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh sebab itu, ia hanya dimainkan oleh budak-budak dan bapa budak-budak yang sudah matang dan mempunyai pendapatan sendiri

Permainan NERF boleh dimainkan di taman permainan sekitar kawasan perumahan. Tapi anda masih perlu mengeluarkan wang untuk membeli peralatan permainan ini. Tak semua kanak-kanak boleh memilikinya, bergantung kepada ketebalan dompet ibu bapa mereka.






11 ulasan:

  1. Fulamak bro! teringat masa kecik-kecik dulu.. game favourite aku ni bro!

    BalasPadam
  2. Berapa ramai yang saudara dah tembak?

    BalasPadam
  3. Anak prempuan tokey kedai runcit tu pun aku pernah tembak!! hahaa! Dulu2 masa kecik kalau berkenan kat awek tu kena kacau sampai dia menangis punya!! hahaa..

    BalasPadam
  4. adehh...ni betul2 kenangan mengusik jiwa...beh la blog kamu...i loikkeee....

    BalasPadam
  5. Tima kasih Cik Mot.

    Kalau nak main perang-perang tu, baik-baik sikit ye. Takut tertembak leher orang. Tak pasal2 akan ada kesan love bite kat situ...

    BalasPadam
  6. Dulu masa kat kem seri pantai villa seberang takir, selalu masuk utan bersama kawan kawan. Sambil bawak menda nih main sama kawan2. Peluru banyak kat dalam utan. Kutip jer. Setiap sorang ada 2 batang. Sakit gak bila kena tembak. Habis baju merah2....

    BalasPadam
  7. salam bro..lama tak jumpa buah cenerai tu..kalau yg dah hitam sedap gak mkn..he3

    BalasPadam
  8. Di Pekanbaru (Riau), masih ada dijual di Elementary Schools, dan masih dimainkan anak-anak di sini. Terima kasih atas reviewnya. Mantap !

    BalasPadam
  9. tringat kat arwah abang2 dan sepupu..dulu aku lah herro senapang ni ikat buat 6 laras..petang2 main,tapi memang sakit woo kalo kena tembak..tok wan aku dlu2 halau kominus dgn benda ni ja,dibuat banyak2 pastu ramai2 tembak,bunyi amat gerun klu dlm kuantiti yg banyak,komunis sangka bantuan askar mnasuk kampung,,trus seriau lari..

    BalasPadam
  10. Org tganu pggil ni "bedil buluh" best ngat.. Pastu gi cari woh bedil "buah bedil" utan blkg umh.. Klu woh bedil adop gune kertas surat khabar lme rendam dlm air.. Mantap gk peginye.. Skali kne zasss..

    BalasPadam
  11. bunga cenerai ni buleh buat ubat nyakit kayap....

    BalasPadam