08 Disember 2010

Basikal Chopper


Basikal Chopper mula memasuki pasaran Malaysia ketika lewat era 1970-an. Kanak-kanak mahupun remaja muda yang memilikinya kebanyakkan berasal dari keluarga yang boleh dikatakan berada. Harganya ketika itu berada dalam lingkungan RM300-500; harga yang boleh dikatakan tinggi untuk sebuah basikal pada masa tersebut.

Antara keunikkan basikal Chopper ini adalah ia dilengkapi dengan "sistem gear" yang sehingga kini masih saya kurang pasti akan fungsinya. Rekabentuk Chopper juga kelihatan cukup "futureristic" dengan saiz tayar depan yang kecil dan besar di belakang. Lampu belakang berbentuk bulat berwarna merah juga kelihatan begitu anggun bila diletakkan di bahagian belakang tempat duduk bersandar. Tapi lampu tersebut hanya akan menyala bila disuluh lampu yang lain, bukan ketika menarik brek. Tak sampai ke situ lagi teknologinya...

Pandangan belakang basikal Chopper yang masih lagi berkilat. Baru belilah ni...

Basikal Chopper juga seringkali dijadikan hadiah kepada anak-anak yang dapat mencapai keputusan cemerlang dalam apa-apa jua bentuk peperiksaaan kecuali SPM dan STPM, kerana bila sudah mendapat keputusan SPM, anak-anak sudah mula merengek minta dibelikan motorsikal "Scrambler" untuk ditunggang ketika hendak menghadiri kuliah di Universiti tempatan. 

Kali terakhir saya melihat basikal Chopper adalah pada tahun 1990, ketika menuntut di Darjah 5. Basikal tersebut adalah milk Echah, anak perempuan Pak Cik Din Salon, tukang gunting rambut di kuarters perumahan tentera 10 RAMD Seberang Takir, Terengganu. Mungkin disebabkan keadaan Echah yang menghidapi Sindrom Down, beliau lebih banyak menghabiskan masa menunggang basikal Choppernya dari bermain dengan budak-budak sebaya. Tapi bebudak tersebut kerap sangat menggodek "gear" basikal Chopper Echah ketika beliau parkir basikalnya di bawah blok kuarters. Gatal tangan betul...

Gear basikal Chopper yang terletak di bahagian palang atas kerangka basikal. Gambar diambil dari http://beskalchopper.blogspot.com/

4 ulasan:

  1. mmg betol, basikal chopper ni xpernak dilihat kami. skg ni budak2 wat basikal chopper handle di sepit udang.

    BalasPadam
  2. Dulu masa duk kat kem ada la sorang budak nih pakai basikal chopper. Duk bersandar lagi..Nak pinjam tapi dia tak kasi...

    BalasPadam
  3. saya masih ada koleksi basikal chopper ini ..saya beli dari salah seorang pakcik dari ipoh...saya beli masa tu rm800..jenis raleigh chopper MK2..sekrg ada org mintak nak beli rm3500..tapi saya sayang nak jual...so simpan dalam rumahhh..saya pun masa kecik tak pernah tgok basikal niii..tapi tgok keunikannya buatkan saya nak beli..tak sangka sekrg ramai yang duk mencari...

    BalasPadam
  4. saya ada sebiji basikal chopper.tayar dan seat shj tiada.call 0164662007.tawarkan harga anda..

    BalasPadam