Memakai deodoran sudah menjadi kemestian bagi semua selepas selesai mandi. Tanpa kita sedari atau terperasan, menyapu deodoran ke ketiak adalah antara perkara pertama yang dilakukan ketika berdandan di depan cermin.
Mengapa kita perlu memakai deodoran? Fungsi deodoran adalah untuk mengurangkan aroma bau semulajadi badan yang terhasil dari proses metabolisme semulajadi badan. Badan manusia sentiasa menghasilkan metabolite seperti peluh yang dikeluarkan pada bahagian anggota-anggota badan tertentu seperti ketiak.
Kadangkala deodoran juga dikenali sebagai "Ubat Ketiak". Sebagai rakyat Malaysia, kita memanglah sangat-sangat digalakkan untuk memakai deodoran disebabkan tinggal dalam negara yang mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Bila panas, kita akan berpeluh. Dan bila berpeluh, badan pun akan menjadi lembap kerana dilembapi dengan peluh.
Semasa produk deodoran mula diperkenalkan ke pasaran tempatan, beberapa jenama terkenal deodoran seperti Rexona dan Odorono telahpun memonopoli pasaran deodoran antarabangsa. Produk Rexona dan Odorono diterima dengan baik sekali oleh penduduk Malaysia. Hinggakan sehingga kini, masih ramai yang merujuk deodoran sebagai Odorono. Padahal sudah ada banyak jenama produk deodoran dalam pasaran tempatan. Kalau tak percaya, cuba tanya pada ibu-bapa anda dan orang-orang veteran. Pasti anda pernah terdengar dialog seperti di bawah ini:
"Nak pergi beli Odorono lah. Kat rumah Odorono dah nak habis..."
Walaubagaimanapun, bermula pada tahun 1987, terdapat beberapa isu tentang produk-produk deodoran yang terdapat dalam pasaran. Antara isu yang popular ketika itu ialah tentang penggunaan bahan alkohol dalam produk deodoran.
Oleh yang demikian, sebuah syarikat tempatan telah menghasilkan satu produk deodoran yang bebas dari kandungan alkohol. Produk ini diberikan jenama "Mawar". Mungkin nama Mawar dipilih kerana ciri-diri keharuman bunga mawar yang menjadi pujaan gadis sepanjang zaman.
Inilah dia produk deodoran bebas alkohol berjenama Mawar. Didatangkan dalam tiga keharuman mempersona, deodoran Mawar ini tidak mudah kering seperti produk-produk deodoran yang lain. |
Mungkin juga jenama Mawar diilhamkan dari sifat semulajadi wanita yang begitu sukakan bunga mawar, tak kira dalam bentuk jambangan mahupun suntingan. Produk ini mendapat sambutan yang baik, khususnya dari kaum wanita. Mungkin kaum wanita membayangkan apabila mereka memakai produk ini, akan muncul ramai lelaki yang berpusu-pusu berkejar untuk menghadiahkan jambangan bunga mawar kepada mereka.
Walaubagaimanpun, menjelang penghujung era 1990-an, produk deodoran Mawar ini mula menghilang dari pasaran tempatan. Sebabnya saya kurang pasti pula. Mungkin sebab kaum wanita sudah mula menaruh minat pada jenis-jenis bunga yang lain kot (selain dari mawar) seperti Lavender.
Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah bau badan, jangan berasa risau dan rendah diri. Terdapat banyak produk deodoran di pasaran yang dapat membantu anda mengatasi masalah sebegini. Ada juga rawatan-rawatan moden mahupun petua tradisional yang dapat diamalkan bagi menghilangkan masalah bau badan. Janganlan segan-segan untuk bertanya.
Jika mahukan inspirasi atau dorongan, bagi anda yang mempunyai masalah seperti di atas bolehlah menonton dua buah drama Melayu berjudul "Nizam Kambing" dan "Dollah Hapak" yang telah ditayangkan di skrin TV. Kedua-dua drama TV ini mengisahkan kesungguhan dua orang lelaki yang mahu memperbaiki imej personaliti mereka dengan mengatasi masalah bau badan.
Salam bro, anda lupa satu jenama iaitu Old Spice !!
BalasPadamyg suatu ketika mmg terkenal !!
saya penguna Old Spice, juga sekarang Old Spice datang balik untuk bersaing dgn jenama AXE !!
iklan Mawar nampak ikhlas berbanding iklan sekarang, iklan yg paling saya xsuka adalah AXE !!
wakaka... aku pon panggil ubat ketiak...
BalasPadamye iklan AXE tu ada 2 makna,uhh..mmg tak suka
BalasPadamSekarang ni ada iklan AXE yg baru. Tulis no henpon kat cermin kereta...
BalasPadam